Disebalik Cinta Adam & Hawa, Adanya Syaitan Jadi Peneman




Kata orang, cinta itu buta. Tapi sejauh mana kebenarannya?
Ibn Abbaas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah)
Cinta itu ibarat penyakit yang perlu dirawat dengan satu ubat sahaja iaitu pernikahan.
Sebenarnya, bila dua orang sedang bercinta, mereka sudah tak nampak yang lain melainkan kemahuan mereka sendiri and lebih mudah untuk mereka jatuh ke dalam dosa. Walaupun cinta tak menghalalkan segala-galanya.
Sabda Nabi SAW;
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
Hadis ini membuktikan bahawa tak kira apa pun niat anda, Syaitan akan sentiasa berada di tengah-tengah dua orang manusia untuk menghasut dan menjadikan hati-hati anda lemah.
Banyak contoh yang kita boleh lihat di sekeliling kita. Ada pasangan yang bercinta sampai tak boleh dipisahkan, melekat seperti “belangkas”. Selalu terjadi semasa sama-sama belajar di kolej. Mungkin terlalu rapat sampai lama-lama berzina “secara tak sengaja”.
Ada juga lelaki dan perempuan yang pada mulanya hanya berkawan tapi lama-lama perasaan itu bercambah dan bertukar jadi hubungan cinta.
Ramai orang yang mulakan hubungan dengan niat yang baik iaitu untuk bernikah tapi bila Allah SWT uji dengan sedikit masalah, hubungan itu beralih ke arah yang berlawanan – dosa.
Hakikatnya, bukan senang nak kawal hati sendiri bila Syaitan sudah mula berbisik. Ramai orang yang jatuh je dalam zina bukan sebab mereka jahat, cuma hanyut melayan perasaan sendiri.
Sedangkan Adam dan Hawa pun boleh digoda oleh Syaitan untuk langgar perintah Allah SWT sehingga mareka makan buah kuldi, inikan pula kita manusia biasa?
Jadi sebelum bercinta, kukuhkan dulu iman dalam dada. Ajar diri sampai boleh bezakan bisikan iman atau nafsu. Didik hati supaya cintakan Allah SWT lebi dari segala-galanya. Sebelum mampu jaga hati, sebaiknya jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melalaikan hati.
Bila dah mampu, terus luahkan niat dan libatkan keluarga supaya perkahwinan itu dapat dilangsungkan dalam cara yang paling terhormat. Dengan cara ini, segala kemahuan anda pun akan dapat ditunaikan dengan halal dan diredhai Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment