Nikah Itu Memenuhi Separuh Agama

Sekuat mana pun anda, sehebat mana pun anda berdikari, hidup anda tetap takkan sempurna tanpa “penyempurna agama”, iaitu perkahwinan. Ianya juga adalah salah satu Sunnah Nabi Muhamad SAW.

Bila seseorang hamba itu berkahwin, dengan izinNya, dia boleh mengatasi banyak perangkap Syaitan kerana perkahwinan akan bantu dia untuk tundukkan pandangan dan jaga kemaluan.

Seperti sabda Nabi SAW;

“Wahai golongan pemuda, sesiapa diantara kamu mempunyai kemampuan, hendaklah ia berkahwin kerana kahwin itu menundukkan padangan dan menjaga kemaluan (kesucian dan kemorhatan diri).” (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain;

“Apa seseorang hamba itu telah berkahwin, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah SWR pada separuh lagi yang belum disempurnakan” (HR Al-Baihaqi)

Sebenarnya hakikat perkahwinan itu sangatlah suci. Ianya merupakan ikatan antara dua hati. Melalui perkahwinan lah, kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan manusia akan diuji, sebab itu ia akan menyempurnakan separuh agama bila kita usaha untuk menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin.

Jadi pilihlah pasangan dengan sebaiknya.

Memang cinta mampu mengikat dua hati untuk bersatu. Tapi cinta yang tak disuburkan dengan usaha yang ikhlas pun akan pudar juga nanti. Masa itu nanti, apa akan jadi kalau anda bertemu dengan orang lain yang nampak lebih sempurna?

(3)

0 comments:

Post a Comment