Buat 6 Perkara Ini Untuk Jadi Menantu Paling ‘Ngam’ Dengan Mertua

Ramai isteri yang berkecil hati dengan suami dalam bab keluarga mertua. Suami pun selalu rasa serba salah dan tersepit di antara keduanya.

Tapi apa pun yang terjadi, anda perlu ingat bahawa ibu mertua anda adalah orang yang disayangi oleh suami anda. Dan cara terbaik untuk menyelesaikan semua konflik yang mungkin ada adalah dengan menerima keluarganya dengan penuh kasih sayang.

Berikut adalah enam perkara yang setiap menantu perempuan mesti tahu dan ingat bila dia akan mulakan hidup baru selepas berkahwin dan ingin bina hubungan yang baik dengan keluarga mertua.

1. Tahu hak anda dan hak mereka juga

Jangan mulakan fasa baru ini tanpa ketahui apa tanggungjawab suami anda kepada anda dan apa tanggungjawabnya kepada keluarganya. Cuba baca bagaimana Rasulullah SAW menjaga hubungan dengan keluarga iparnya juga.

Jangan baca hanya dengan tujuan untuk menuntut hak anda semata, tapi supaya anda tak mengambil hak orang lain juga.

Bila anda dah tahu apa hak anda dan hak mereka, bincang dengan suami dan suarakan bila ada situasi yang buat anda rasa tak puas hati. InshaAllah semuanya boleh diselesaikan dengan baik.

2. Mertua mungkin lebih berhak dari yang anda tahu

Walaupun sebagai mertua mereka tak ada hak mutlak terhadap anda, tapi sebagai ibu bapa kepada suami anda, ada beberapa perkara yang mereka tetap boleh tentukan. Contohnya, bila anda tinggal di rumah sama dengan mertua ada, atau ada tinggal di rumah yang sangat dekat dengan rumah mertua ada, mereka tetap ada hak sebagai jiran anda.

Jadi kongsi makanan dengan mereka, ajak mereka datang ke rumah, lawati dan borak dengan mereka selalu, dan selalu beri mereka hadiah. Dengan cara ini, kasih sayang pasti timbul di antara anda dan mereka!

Walaupun mereka bukan jiran anda, mereka tetap saudara seagama dengan anda. Lakukan yang terbaik untuk mereka. Kalaupun mereka tak balas, inshaAllah pahala Allah SWT sentiasa menanti.

3. Kenali wanita yang membesarkan suami anda

Jangan lupa bahawa ibu mertua anda adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan dia lelaki yang anda cintai sekarang. Suami anda pun dah terbiasa dengan caranya memasak, mengemas, bercakap, berbelanja dan sebagainya.

Bila anda tanyakan nasihat dia, pasti dia gembira dan dihargai. Dia juga takkan rasa anda berniat untuk gantikan tempatnya di sisi suami anda, jadi hubungan anda bertiga akan sentiasa jernih, inshaAllah!

4. Jangan cepat melenting

Ada masanya ibu mertua atau ipar duai akan berlebih-lebihan bila beri nasihat pada anda. Mereka suruh anda jaga anak dan uruskan rumah tangga mengikut cara mereka tanpa tahu batas masing-masing. Jangan cepat melenting.

Cuba dengarkan saja apa nasihat dari pengalaman mereka, mungkin ada cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Tak semestinya ada perlu ikut telunjuk mereka tapi bila anda pinjamkan telinga, mereka akan rasa puas hati.

Lepas dengar, anda bebas buat pilihan sendiri berdasarkan apa yang anda rasa sesuai untuk keluarga anda. Tak susah kan?

5. Anda adalah pelindung bagi kesilapan suami, dan keluarganya juga.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud suami isteri adalah seperti pakaian untuk satu sama lain. Pakaian bukan saja untuk menghiasi seseorang tapi juga untuk melindungi dan menyembunyikan cacat cela si pemakai.

Keluarga suami anda adalah sebahagian dari diri dia, jadi jangan cakap buruk mengenai mereka. Jangan sia-siakan kepercayaan suami anda yang sanggup menceritakan segala-galanya kepada anda.

Semua keluarga ada kisah buruk baiknya. Terima mereka seadanya sebagaimana mereka juga menerima anda.

6. Lengkapkan separuh agama suami anda

Sepasang suami isteri seharusnya melengkap separuh agama satu sama lain. Dan anda boleh bantu suami anda lengkapkan separuh lagi agamanya dengan memudahkan dia jalankan tanggungjawab terhadap ibu bapanya.

Menjaga mereka memang tanggungjawab suami, tapi anda boleh bantu dia dengan melayan mertua dengan baik dan jangan beri mereka alasan untuk tak suka pada anda.

Beri mereka lebih dari apa yang mereka berhak dengan ikhlas. Cukup untuk anda tahu bahawa anda sedang bantu suami anda menggapai Syurga!

Sumber gambar: Hijabina.com

(1)

0 comments:

Post a Comment