Isteri perlu taat pada suami, isteri perlu ikut perintah suami, isteri perlu minta izin suami, isteri perlu nampak menarik di mata isteri, isteri jangan bantah kata suami – selalu kita dengar ayat-ayat ini bukan?
Bukankah Islam agama yang adil? Bila ada tanggungjawab isteri, mesti ada tanggungjawab suami. Bila ada hak isteri, mesti ada hak suami. Jadi, apa pula yang suami patut lakukan untuk tawan hati isterinya? Jom baca!
1. Jaga penampilan untuk isteri anda
Sama seperti suami yang mahu isterinya kelihatan menarik untuk suami, isteri pun mahu suami nampak menarik di mata isteri. Rasulullah SAW sentiasa bersugi sebelum pulang ke rumah dan Baginda cinta pada bau-bauan yang manis.

2. Gunakan nama panggilan yang manja untuk isteri anda
Rasulullah SAW ada nama panggilan untuk isteri-isteri Baginda, nama-nama yang mereka sukai. Panggil isteri anda dengan nama yang disukai oleh mereka dan elak gunakan nama yang akan menyakitkan hati mereka.

3. Jangan tunggu masa tertentu untuk beri perhatian pada isteri
Mengakulah, kita memang selalu ambil mudah perasaan pasangan kita kan? Kita selalu tak hiraukan dia. Kita harap dia akan mainkan peranan dan lakukan tanggungjawabnya seperti biasa dan cuma cari anda bila ada masalah yang tak dapat diselesaikan.

Jangan tunggu masalah datang untuk beri perhatian pada isteri anda. Hargai semua pengorbanannya dan berterima kasih.
4. Kalau dia buat silap, jangan kutuk!
Selalunya bila isteri buat silap, dia akan sedar sendiri dan rasa bersalah dalam hati. Rasa bersalah yang dia alami itu adalah hukuman yang cukup berat buat dirinya, jadi jangan tambah lagi!

5. Senyum pada isteri dan peluknya sekerap mungkin.
Senyum itu sedekah, walaupun pada isteri sendiri. Bayangkan betapa bahagianya hidup anda kalau setiap kali anda lihat wajah isteri anda, dia tersenyum manis pada anda. Nah, sekarang buat itu dulu untuk dia!

6. Berterima kasih atas semua pengorbanannya
Ucapkan terima kasih untuk semua sebesar-besar perkara, contohnya melahirkan anak, hingga sekecil-kecil perkara, contohnya basuhkan gelas. Walaupun ada perkara yang nampak ringan, tapi ada banyak perkara yang lain yang dia boleh lakukan selain bantu anda.

Jangan tunggu sampai dia berkecil hati. Tak susah pun nak sebut “terima kasih”, kan?
7. Minta dia tuliskan sepuluh perkara yang anda pernah lakukan yang buat dia gembira
Lepas dia dah tulis, lakukan semua perkara itu lagi.

Mungkin susah untuk anda kenali apa yang boleh buat dia gembira. Dengan cara ini, anda tak perlu berteka-teki. Cuma perlu tanya dia can usaha untuk sentiasa lakukan perkara-perkara tersebut untuk isteri anda.
8. Jangan ambil mudah kemahuan dia
Ramai lelaki yang ambil ringan bila isteri beritahu kemahuannya. Ikuti contoh dari Rasulullah SAW dalam peristiwa bila Safiyyah RA menangis kerana Baginda telah meletakkannya di atas unta yang perlahan. Baginda mengesat air matanya, sejukkan hatinya, dan bawakan unta itu padanya.
9. Hiburkan hatinya
Lihat bagaimana Rasulullah SAW berlumba dengan Aishah RA di padang pasir. Sekarang cuba ingat balik, bila kali terakhir anda bergurau dengan isteri anda sebegini?

10. Sentiasa ingat pesan Rasulullah SAW;
“Sebaik-baik orang di antara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya dan aku merupakan orang yang paling baik di antara kalian terhadap isteriku.” (HR Tirmidzi)
Akhir sekali, jangan sekali-kali lupa berdoa supaya Allah SWT memberkati perkahwinan anda. Sesungguhnya Dia lebih Mengetahui.
0 comments:
Post a Comment