Adam & Hawa, Dua Insan Berbeza

Apa yang lelaki tahu tentang perempuan? Nampak macam tak banyak, kan? Tapi kenapa lelaki rasa susah nak faham perempuan?

Banyak kajian dah dibuat untuk fahami cara lelaki dan perempuan berfikir. Kalau anda tanya lelaki, memang ramai tak tahu apa yang perempuan mahukan. Nak jaga hati perempuan pun susah, apatah lagi nak fahami!

Kalau ditanya pada perempuan, mereka pun akan kata yang sama tentang lelaki. Memang fitrah lelaki dan perempuan memang Allah SWT telah ciptakan untuk jadi lain-lain. Kita memang akan berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza. Semuanya ada fungsi masing-masing.

Contohnya, perempuan lebih lembut dan penyayang dan lebih cenderung untuk layan perasaan. Semua ini berguna untuk anda besarkan anak-anak. Anda perlu ada sisi yang lembut dan emosional untuk melayan bayi dan kanak-kanak.

Sifat lelaki pula sebaliknya – mereka selalunya lebih “kuat” dari segi fizikal dan emosi. Allah SWT juga telah jadikan lelaki sebagai pelindung dan penjaga yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, jadi secara semula jadi, lelaki kurang emosional. Lelaki perlu jadi kuat untuk jaga keluarga mereka.

Bila perempuan hadapi masalah, biasanya mereka akan terus marah, emosional, dan kadang-kadang menangis. Tapi kalau lelaki yang bermasalah, reaksi mereka pasti lain. Mungkin mereka juga rasa nak marah dan sakit hati, tapi naluri mereka akan terus cari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah. Dalam situasi sebegini, mestilah naluri lelaki lebih berguna!

Bila perempuan ada masalah, mereka hanya nak mengadu dan dapat belaian dari suami mereka. Tapi selalunya tak dapat, sebab lelaki hanya akan selesaikan masalah.

Ini tak bermaksud lelaki tak kisah. Sebenarnya mereka juga ada perasaan, cuma mereka pilih untuk tak tunjukkan.

Naluri mereka pun dijadikan untuk melindungi dan menjaga kaum perempuan, jadi mestilah mereka nak tunjukkan yang mereka boleh jalankan tanggungjawab ini. Kalau mereka pun asyik merengek dan mengadu, mesti perempuan susah nak yakin pada mereka, kan?

Lelaki ada perasaan, cuma mereka hanya tunjukkan pada orang yang betul-betul buat mereka rasa “selamat”. Mereka hanya tunjukkan pada orang yang takkan pandang rendah pada mereka bila mereka tunjukkan sisi “lembut” ini.

Dalam rumahtangga, perempuan pula mahu rasa seperti suaminya ambil berat tentang dia. Dia mahu suaminya nampak bila dia bersiap lebih daripada biasa. Dia mahu suaminya jadi romantis sekali-sekala dan beri pujian padanya. Dia mahu suaminya peluk dia tanpa sebab. Tapi ini jarang terjadi.

Bila keduanya saling tak memahami, dan kedua-duanya tak cuba untuk fahami, maka hilanglah harmoni dalam rumahtangga. Suami anggap isteri tak cuba fahaminya, isteri pula anggap suami tak kisah tentangnya.

Dengan kadar penceraian yang semakin meningkat, penting untuk anda fahami perbezaan-perbezaan sifat dan cara pemikiran antara lelaki dan perempuan. Cuba dalami cara terbaik untuk bercakap dengan pasangan anda, dan ini saja boleh bawa perbezaan yang ketara dalam hidup anda.

(1)

0 comments:

Post a Comment