Cinta Sebelum Vs Selepas Nikah

Cinta sebelum atau selepas nikah, kedua-duanya ada buruk baiknya. Yang biasa kita nampak, cinta sebelum kahwin pun boleh berjaya kerana kedua-dua pasangan mahu hidup dengan satu sama lain dan sentiasa berusaha untuk pertahankan hubungan mereka.

Bila seorang lelaki rasa tertarik kepada seorang perempuan yang bukan muhrim, tak ada penyelesaian yang lebih baik untuk mereka selain dari berkahwin.

Sabda Nabi Muhamad SAW;

“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (HR al-Baihaqi dan Ibn Majah)

Hadis ini bermaksud bila wujud cinta di anatara dua orang, cinta itu hanya akan bertahan lama dan semakin subur bila ianya diikat dengan akad nikah. Dengan adanya cinta dan perkahwinan, cinta itu akan jadi semakin kuat setiap hari.

Sebaliknya jika perkahwinan itu hasil dari hubungan yang melanggar perintah Allah SWT, contohnya hubungan yangdah saling bersentuhan sebelum nikah, maka perkahwinan itu tak akan stabil. Bila ianya dibina di atas perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT, pastilah redha Allah pun kurang.

Perkahwinan takkan jadi kuat semata-mata kerana ianya dibina atas dasar cinta, lebih-lagi jika cinta itu berlandaskan nafsu.

Cinta selepas nikah pula tak semestinya sentiasa bagus dan tak pula sentiasa buruk. Yang pasti, anda sepatutnya berkahwin tanpa mengharapkan apa-apa dari pasangan anda, kerana anda langsung tak kenal dia siapa.

Bila berkahwin, kekurangan dan kelebihan masing-masing akan sama-sama ternampak sendiri nanti. Dan bila tak ada harapan yang menggunung sebelum kahwin, lebih mudah untuk anda terima semua kekurangan pasangan anda kerana sebelum kahwin pun, anda tak pernah harapkan perangainya sama dengan malaikat.

Tambah lagi, kalau calon yang dipilih itu elok dan beragama, pasangannya mesti rasa suka dan teruja nak berkahwin.

Nabi Muhamad SAW menyuruh orang yang mahu berkahwin melihat calon pasangannya. Dalam sebuah riwayat, Baginda SAW bersabda;

“Pergilah lihat dia, kerana itu akan lebih cenderung untuk mewujudkan kasih sayang antara kamu berdua.” (HR Tirmidzi)

Tapi ada kalanya kalaupun hubungan itu dibina atas dasar bercinta selepas nikah, kalau calon pasangan itu tidaklah sebaik yang disangka atau tak wujud langsung rasa cinta dalam diri salah satu pasangan, perkahwinan itu takkan berjaya juga kerana mana-mana hubungan pun takkan kekal tanpa usaha dari kedua-dua belah pihak.

(2)

0 comments:

Post a Comment