Tak Perlu Berpura-pura Untuk Dapatkan Cinta

Ramai orang yang akan tunjukkan perkara yang baik tentang diri sendiri semasa dalam proses mengenali seseorang, lebih-lebih lagi bila ada niat untuk berkahwin. Bila anda bertemu dengan ibu bapa si dia, anda hanya akan menyatakan perkara baik-baik tentang diri sendiri dan keluarga. Dan bila ibu bapa kedua-kedua belah pihak saling bertemu, masing-masing akan hiding makanan yang paling enak, pakai pakaian yang paling cantik, dan hanya berbual tentang perkara yang menggembirakan.

Kita seperti takut untuk masyarakat sekeliling tahu yang kita sebenarnya manusia biasa.

Setelah bertemu dan bercinta, dan bila keluarga merestui hubungan keduanya, anda pun bernikah dengan si dia. Setahun pertama, memang bahagia! Segala-galanya tentang si dia membuat anda tersenyum dan semua yang dia kata akan membuatkan anda tertawa. Rasa seperti di detik mula-mula bercinta, tapi lebih indah kerana kini si dia sentiasa ada bersama.

Lama-kelamaan, mula timbul perkara-perkara kecil yang menyakitkan hati anda. Tiba-tiba, si dia bukan lagi manusia sempurna.

Tiba-tiba anda dapat tahu dari rakan lamanya yang si dia ada sejarah hitam. Atau dia pernah bercinta dengan orang yang anda benci. Atau mungkin masalah yang lebih kecil – si dia tak pandai mengemaskan kotoran sendiri. Pada dia, itu perkara kecil tapi pada anda, cukup merimaskan!

Hakikatnya, tak ada yang salah dengan anda ataupun si dia. Dua-dua manusia biasa. Semua orang yang tabiat yang baik dan buruk. Asalkan anda tahu apa kelemahan diri sendiri dan boleh mengakui silap sendiri, tak perlu risau. Dalam sebuah perhubungan, seharusnya anda saling melengkapkan. Cubalah menerima kelemahan si dia seadanya, dan dia juga berbuat yang sama. Apa jua kekurangan si dia, andalah yang seharusnya bantu tutupkan, begitu juga si dia untuk anda.

Ramai orang selalunya hanya ingin ambil tahu sifat baik seseorang, termasuk bila memilih pasangan, tapi kan lebih baik kalau kita juga ambil tahu tentang sifat kurang baiknya? Sifat dan tabiat baik seseorang itu akan mudah diterima oleh sesiapapun tapi lebih elok kalau anda pilih pasangan yang anda sudah tahu tabiat buruknya, tapi anda boleh menerima kekurangannya itu, dan dia juga begitu.

Jangan berubah untuk mendapat cinta dan kasih sayang orang lain. Lebih baik dibenci untuk diri sendiri dari disukai kerana menjadi orang lain. Jadilah diri sendiri dan orang yang tepat akan datang dan benar-benar mencintaimu.

Jadilah diri sendiri. Jangan peduli dengan kata-kata orang lain. Kalau anda manusia sempurna sekalipun, anda pasti akan tetap dikritik, dinilai, atau dicela oleh seseorang juga. Lagipun, yang asli kan lebih baik dari yang palsu?

(2153)

0 comments:

Post a Comment