Tahukah anda bahawa salah satu cara terbaik untuk bertemu dengan pasangan hidup anda adalah dengan berfikiran positif? Dan pemikiran yang positif bermula dari keyakinan diri yang kukuh.
Jujur, selama dalam proses mencari jodoh, bila anda ditolak atau asyik mencari tanpa henti, pasti rasa keyakinan diri pun makin kurang, kan?
Jadi di sini kami tunjukkan 5 cara anda boleh naikkan keyakinan diri dan rasa selesa berstatus “single” hari ini!
1. Tingkatikan imej diri sendiri
Mesti hati pun terasa penat bila asyik menolak atau ditolak. Tak apa. Mulai hari ini, fokus pada kekuatan dan kelebihan diri. Senaraikan semua pencapaian anda dan perkara-perkara positif yang keluarga dan kawan-kawan anda suka tentang anda. Ucapkan Alhamdulillah untuk semuanya.
Fokus pada perkara-perkara yang Allah SWT telah beri dan mudahkan untuk anda akan bantu anda kekal positif.
2. Cuba sesuatu yang baru
Memang nikah itu separuh dari agama, tapi tak bermakna hidup anda jadi tak lengkap tanpanya! Berikan ruang pada diri sendiri. Cuba cari hobi baru yang boleh “curi” perhatian anda buat sementara contohnya melukis atau memanjat gunung. Selain mencabar diri sendiri, ia juga memberi nilai pada diri sendiri tanpa memerlukan anda cari pasangan hidup.
3. Fikir positif tentang diri sendiri
Ini bukan cakap kosong. Banyak kajian yang menunjukkan yang cara anda melayan diri sendiri dan cara anda fikir tentang diri sendiri mempunyai impak yang besar terhadap tindakan dan pencapaian anda.
Mungkin anda tak biasa, tapi cuba pandang cermin dan beritahu diri sendiri yang anda adalah seorang yang baik hati dan pemurah – ini pun sudah cukup untuk mulakan langkah. Jangan sesekali gunakan perkataan negatif pada diri sendiri kerana ia akan buat anda kurang keyakinan diri.
4. Aktifkan badan
Berkata positif memang perlu, tapi tanpa tindakan, ianya tak bermakna. Jadi kalau belum mulakan, cuba mula dengan senaman. Pergilah berjalan-jalan, ambil kelas senaman atau cuba lakukan aktiviti baru. Badan anda pun amanah dari Allah SWT, jadi jaga ia sebaiknya.
5. Tingkatkan rasa syukur
Syukuri segala nikmat Allah SWT dan ingatkan diri sendiri tentang semua yang anda ada pada hari ini. Bila anda fokus pada rahmatNya, anda akan kurang mengeluh tentang situasi anda. Ini akan membantu anda rasa lebih positif tentang hidup anda.
Akhir sekali, ingat bahawa status solo anda adalah takdir anda pada masa ini, jadi terima dengan hati yang terbuka dan sentiasa fikir positif. Bila anda lakukan tips di atas, anda akan rasa lebih baik tentang diri sendiri bila jodoh anda betul-betul datang.
(21)
0 comments:
Post a Comment