Kaum wanita sifatnya cantik dalam keadaan semula jadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza daripada kaum lelaki. Lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semula jadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan.
Begitu juga wanita, perlu menghormati dan menerima lelaki dengan sifat semula jadinya. Bersyukurlah dan hargailah lelaki yang berada di samping anda terutama yang bergelar suami.
Paling utama menerima mereka seadanya dan kenali serta fahami mereka agar matlamat kehidupan dunia dan akhirat dapat dicapai.
Hargailah lelaki jujur yang ada di samping anda. Jangan berfikir yang bukan-bukan. Macam mana nak lelaki jujur? Memang susah tapi kita perlu berpegang pada prinsip sendiri sebagai panduan.
Anda boleh kata tidak semestinya begitu dan tidak semestinya begini, tetapi jika anda terus berkata begitu, kesudahannya tidak ada. Anda akan menjadi seorang juru tikai dan tiba-tiba tanpa disedari dia sudah pun meninggalkan anda. Keadaan ini berlaku kerana dia tidak tahan dengan kerenah anda. Sebelum mereka meninggalkan anda, fahami dan kenalilah lelaki jujur.
1. Lelaki jujur tidak suka jika dirinya dicurigai. Tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Mereka juga cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan.
2. Dia juga tidak punya masa untuk main sembunyi-sembunyi. Sebaliknya berterus terang dan mahu anda mempercayai kata-katanya. Sekiranya dicurigai dia kecewa dan boleh bertindak. Contohnya seorang suami yang sejujurnya tidak ada skandal di luar tetapi jika isterinya tidak habis-habis mencurigai, dia boleh bertindak seperti apa yang dikatakan isterinya.
3. Dia seorang yang cemerlang dalam apa yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi percayalah lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
4. Dia seorang yang kuat pegangan agamanya. Tidak dinafi kan lelaki yang kuat beribadah tidak terlepas daripada godaan syaitan malah semakin kuat imannya semakin kuat godaan syaitan. Namun lelaki ini lebih baik berbanding yang tidak peduli dengan agamanya.
5. Seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Lelaki yang baik pastinya seorang yang amat disenangi seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya juga kepada kerjaya, keluarga dan Allah. Gabungan ketiga-tiganya menjadikan dia seorang lelaki sempurna dan tidak ada masa untuk melakukan perkara yang bukan-bukan.
6. Lelaki yang jujur juga tidak semestinya yang pandai menguruskan rumah tangga. Namun dia miliki kelebihan lain seperti pandai berjenaka dan membuatkan rumah tangga anda meriah dan gembira. Itu sudah cukup.
7. Tidak semestinya dia seorang yang sering menghadiahkan anda bunga tetapi selalu berbelanja untuk anda dan anak-anak seperti makan di luar.
8. Lelaki yang jujur tidak semestinya pandai memujuk tetapi bijak bertoleransi apabila diminta membantu.
9. Wahai wanita, ketepikanlah segala kekurangan lelaki sebaliknya ambillah kelebihannya. Pasti anda akan sentiasa bersyukur dan bertuah memiliki seorang suami seperti itu.
10. Janganlah mengharapkan yang terlalu berlebihan daripada seorang lelaki kerana lelaki tetap lelaki dan Allah menjadikan mereka dengan sebegitu dan tidaklah perlu dipersoalkan mengenai kejadian mereka. Terimalah lelaki selayaknya dan seadanya.
(30063)
0 comments:
Post a Comment