Jangan Gusar, Tak Ada Salahnya Kalau Masih Sendiri!

ramai yang merungut susah nak cari pasangan yang baik di zaman ini, lebih-leboh lagi kalau pasangan yang baik itu lelaki mithali. Kalau yang baik mesti dah berpunya, kan?

Buat anda yang masih solo, jangan gusar! Tak ada yang silap dengan diri anda. Mungkin masanya belum tiba lagi. Sebenarnya masih ramai lagi orang yang baik, cuma mereka pun sedang tercari-cari pasangan yang baik juga. Jadi untuk dapat pasangan yang baik, usaha baik diri supaya anda layak dapat pasangan yang baik. Nanti orang yang baik-baik akan muncul dalam hidup anda, dengan izinNya.

Jom selami, kenapa ramai anak muda yang masih solo. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk baiki diti, inshaAllah.
Terlalu Jual Mahal

Kebiasaannya, orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati mereka sebenarnya, suka! Keegoannya agak tinggi. Mungkin si tampan merasakan dirinya digilai ramai. Petik sahaja jari, sepuluh yang datang. Kononnya mahu pilih yang terbaik, tetapi akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Gosip Terlalu Banyak

Orang yang tampan selalu menjadi buah mulut pemerhati, walaupun si tampan keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan seterusnya menjatuhkan saham lelaki tampan. Pelbagai gosip dan persepsi pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si tampan sudah berpunya, mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan saham si tampan jatuh dan si tampan hidup keseorangan.

Perbelanjaan Diri yang Tinggi

Kebiasaannya, lelaki kacak ini dikatakan mempunyai perbelanjaan diri yang agak tinggi. Pakaian, minyak wangi, jam tangan, semuanya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ribuan tinggi, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang ‘kopak’ pula duit nak beli hadiah hari jadi.

Mencari Pasangan Ideal

Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah, orang tampan pastinya mencari orang yang cantik juga. Namun, harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, akurlah pada jodoh yang datang.

Persepsi Sukar Didekati

Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai ke hari tualah si tampan membujang.

Terlalu Banyak Pilihan

Aduh, pening kepala hendak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup! Orang tampanlah dikatakan sering dikerumuni dengan bermacam–macam jenis perempuan. Kalau pilih yang sana, di sini akan terluka. Kalau pilih di sini, di sana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua ditolak, maka jadilah solo sehingga ke hari ini.

Pernah Dikecewakan

Oleh sebab sudah serik bercinta, si jejaka tampan lebih bahagia bersendirian biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun, masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita cinta.

Terlalu Komited Kerja

Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cerita cinta. Jejaka tampan biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh sebab itulah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerja menjadi nombor satu. Namun, mereka lupa usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan kerja, sehingga ke hari ini masih lagi sendiri.

(9292)

0 comments:

Post a Comment