Kita merancang, tapi Allah juga merancang, dan perancangan Allah SWT jualah yang lebih hebat. Dah berjanji nak bina hidup bersama, tapi Allah SWT lebih sayangkan arwah Mohd Syahmi Mohd Shafee yang kemalangan dan meninggal dunia selepas dilanggar lori.
Kentalnya hati si isteri bila terpaksa kehilangan suami yang baru tiga minggu dinikahi.
Sayang.. Saya tak pernah terbayang awak akan tinggalkan saya secepat ini.. Awak ckp semalam, ‘Nanti kite jumpa ye’ tapi saya tak pernah terbayang kita akan berjumpa dengan keadaan ini. Baru sehari berjauhan saya dha rindu, macam mana saya nak jauh untuk seumur hidup ini.
Ya Allah, terima kasih kerana hadiahkan aku suami terbaik utk 3 minggu ini. Tak mampu aku luah dengan kata-kata. Happy birthday sayang, semoga tenang disana. InsyaAllah saya jaga diri.. Alfatihah untuk mu suami MOHD SYAHMI MOHD SHAFEE
Hati siapa yang tak hancur bila ditimpa ujian sebegini rupa. Tapi hati hanya mampu sabar. Semoga Allah beri kekuatan, dan semoga sabar itu dibalas dengan pelbagai rahmat dan kebahagiaan di kemudian hati.
Kekasih akhir hayat.. 4tahun saya tunggu awk jadikan sy isteri.. Alhamdulillah, sy jadi isteri awak sampai akhir hayat awak. Saya rindu awk sayang.. Sepanjang malam sy berdoa, saya harap semua ni hanya mimpi.. Tapi bila sy bangun pagi td, awk masih kaku kat sebelah sy. Dan sy mula redha.. InsyaAllah sy kuat supaya awk tenang kat sana.. Alfatihah suami, syurga dunia sy syurga akhirat sy
Sumber: Syahida Samsul
(1)
0 comments:
Post a Comment