Mula-mula kahwin memang bahagia. Tapi lama-lama rasa bahagia itu semakin pudar. Isteri salahkan suami, suami pun salahkan isteri.
Sebenarnya bukan salah sesiapa. Tapi dalam hubungan suami isteri, kadangkala isteri pun perlu mengalah untuk kembalikan ceria dalam rumahtangga. Jom semak apa yang isteri boleh buat untuk lembutkan hati suami.
1. Hormati suami anda – Keperluan terbesar seorang lelaki adalah untuk dihormati dan orang yang paling penting perlu mengormati dia adalah isterinya. Ya, memang suami perlu lindungi isteri dan jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menimbulkan rasa hormati dalam hati isteri tapi hakikatnya, suami juga manusia biasa. Kadang-kadang, dia juga ada silapnya. Percayalah, bila anda hormati suami anda walaupun anda rasa dia tak layak dihormati, ia akan memberi semangat untuk dia jalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Bila ada perbezaan pendapat, anda tetap perlu berbincang dengannya dan beritahu pendapat anda padanya, tapi lakukannya dengan hormat. Ia akan membawa perbezaan yang besar pada suami anda.
2. Jaga hati sendiri – hidup orang lain memang selalu nampak lebih indah dari apa yang kita ada. Tapi apa yang orang lain tunjukkan pada kita tak semestinya sama dengan realiti. Jangan rasa hidup anda akan jadi lebih bahagia secara automatik bila anda ada rumah yang lebih besar, kereta yang paling terharu, pakaian yang lebih mewah dan sebagainya. Belajar untuk bersyukur. Memang kadang-kadang kita susah, tapi hati kita tak akan tenang dengan harta benda.
Jauhkan diri anda dari benda-benda atau orang-orang yang akan buat anda rasa suami anda tak cukup bagus. Akan sentiasa ada barang yang lebih besar, lebih cantik, lebih mewah dari apa yang kita ada tapi hati anda hanya akan mula rasa cukup bila kita hargai apa yang kita sudah miliki.
3. Pilih prioriti dengan betul – agama adalah perkara paling penting dalam hidup kita, jadi Allah SWT sentiasa nombor satu. Walaupun mungkin ada yang tak setuju, suami ada petatutnya lebih dipentingkan dari suami anda. Tak ada suami yang waras dalam dunia ini yang akan menyuruh anda abaikan anak-anak demi memenuhi kehendak dia, dan itulah yang sepatutnya. Dengan cara ini, anda dan pasangan akan sama-sama menjaga kepentingan keluarga bersama.
Memang anak-anak kita penting, tapi macam mana kita nak bina keluarga bila hubungan kita dengan suami kucar kacir? Anak-anak tetap perlukan kedua-dua ibu bapa untuk membesar dengan sempurna.
4. Maafkan – tak ada orang yang sempurna. Semua orang buat silap. Kalau anda boleh latih diri untuk senang memaafkan dia, anda akan hindarkan kebencian dari membiak dalam hati.
5. Berkomunikasi dengan baik – cara lelaki berfikir lain dari wanita. Kadang-kadang apa yang kita rasa kasar, mereka rasa tak ada apa-apa. Lelaki tak semestinya tahu kenapa anda terasa. Kalau tak suka, cuma perlu beritahu saja. Baru suami mudah faham.
6. Tetapkan masa untuk berduaan – Jangan sekali-kali berhenti “bercinta” dengan suami anda. Tak semestinya perlu makan malam di restoran mewah atau tengok wayang, cukup dengan meluangkan masa berdua tanpa gangguan sesiapa. Jangan gunakan masa ini untuk bincang tentang bill, jadual atau anak-anak tapi ceritakan tentang diri sendiri – angan-angan anda atau pelan percutian.
Gunakan masa ini supaya anda sentiasa rasa “dekat” dengan suami anda dan boleh belajar perkara baru tentang si dia walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga.
7. Jangan sebut perkataan “cerai” – Jangan terlalu layan emosi. Jangan sebut sesuatu yang anda tak maksudkan hanya untuk mengugut. Ia hanya akan menyakitkan hati suami anda tapi ia tak membantu anda selasaikan masalah.
8. Belajar bahasa cintanya – semua orang ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa cinta. Cara anda dan suami anda pun mungkin berbeza. Mungkin dia tak selalu sebut “I love you” tapi dia selalu ambil berat tentang kesihatan anda atau dia selalu belikan makanan kegemaran anda. Belajar cara dia meluahkan cinta dan hargai.
9. Jangan burukkan dia – Kalau anda ada masalah dengan suami anda, bincang dengan dia. Bila perlu, doa pada Allah untuk lembutkan hati suami anda. Tapi jangan luahkan pada keluarga atau kawan-kawan anda.
Memang kita lebih selesa dengan orang yang rapat dengan kita tapi bila anda bercerita, keluarga atau kawan-kawan anda hanya akan mendengar cerita dari pihak anda dan mereka akan ada perasaan negatif terhadap suami anda. Mereka tetap tak akan suka pada suami anda walaupun nanti anda dan suami anda sudah berbaik semula.
10. Pilih untuk terus bercinta – Semua perkahwinan ada pasang surutnya. Mungkin anda akan bangun satu hari nanti dan rasa bahawa anda sudah tak tertarik pada suami anda lagi.
Tapi perkahwinan adalah sebuah komitmen untuk terus bersama dalam susah dan senang, dalam sakit dan sihat, dalam masa yang baik dan buruk. Pilih untuk terus berada dengan dia dan cari sifat-sifat baik si dia yang menyenangkan hati anda. Bersyukur dengan nikmat ini.
(5994)
0 comments:
Post a Comment