Menantu Patut Utamakan Pasangan Atau Keluarga?

Perkahwinan bukan segala-galanya dalam hidup kita, walaupun ia adalah asas sebuah kehidupan bermasyarakat. Perkahwinan adalah sebahagian dari perjalanan hidup kita, tapi ia bukan sebab kenapa kita hidup.

Cintai pasangan anda seadanya, tapi jangan buat dia jadi segala-galanya dalam hidup anda. Jadi sebagai orang Islam, kita sepatutnya hidup kerana Allah dan sentiasa ingat padaNya. Sekuat mana pun cinta anda pada si dia, cinta Allah SWT itu lebih agung.

Dalam menjaga hati dan perasaan pasangan kita, jangan lupa tanggungjawab pada keluarga, keluarga, dan masyarakat.

Kemanisan zikir padaNya lebih manis dari ikatan perkahwinan. Sebagaimana firman Allah SWT;

“Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (QS Ar-Ra’ad 13:28)

Sabda Nabi Muhamad SAW;

“Tidak beriman salah seorang dari kamu sekalian, sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya” (HR Bukhari)

Ini yang patut anda ingat bila dalam hidup sesama saudara seagama. Jika timbul konflik di antara anda dan keluarga, jangan terlalu pentingkan perasaan sendiri.

Kalau anda tahu pasangan anda adalah seorang yang baik, dan keluarganya pun sayang pada dia sebanyak mana anda sayang pada dan dia juga sayang pada mereka dan perlu adil pada keluarganya untuk mendapat redha Allah SWT, jadi mudahkan untuk pasangan anda.

Untuk pastikan hubungan anda/pasangan dan keluarga sentiasa jernih, amalkan beberapa tips berikut:

1. Cuba fahami perasaan keluarga anda. Tak semestinya anda perlu ikut segala tunjuk mereka tapi dengar pendapat mereka dan fahami supaya anda tahu cara terbaik untuk menolak.

2. Jangan biar anda atau pasangan buat keluarga rasa kecil hati. Kalau anda dan pasangan mahu sama-sama ke Syurga, didik hati untuk rendahkan ego sendiri.

3. Bertolak ansur selagi ianya tak membebankan anda. Bila anda cuba kompromi, keluarganya juga akan rasa dihargai.

4. Bila ada isu berbangkit, selesaikan secara berdepan. Terus terang tentang perasaan anda supaya mereka juga dapat fahami apa yang anda rasa. Jangan pendam dan kemudian mengata di belakang.

5. Hormati hak keluarganya keatas pasangan anda sebagaimana anda mahu hak anda dihormati. Hormati juga tanggungjawabnya yang perlu ditunaikan kepada orang-orang lain selain anda.

Percayalah, semua pengorbanan ini sangat kecil dibandingkan dengan balasan Syurga di Akhirat nanti.

Bila anda sanggup berkorban, pasangan anda pun pasti akan rasa lebih tenang dan akan rasa senang hati bila bersama anda. Bila anda sanggup berkorban, mungkin keluarganya pun akan belajar untuk sama-sama berkorban.

Ingatlah bahawa tujuan hidup kita sebenarnya untuk Allah SWT. Jadi taat pada perintahNya, patuh segalanya suruhannNya. Tunaikan segala hak-hak yang telah ditetapkan untukNya dan untuk semua makhlukNya, termasuk pasangan dan kedua-dua keluarga anda.

(0)

0 comments:

Post a Comment