Tips Fesyen

Bertudung Juga Boleh Menggayakan Fesyen Terkini Dengan Tampil Secara Bergaya

Tips Doa

Ketika Tidak Ada Satu Pun Jalan Keluar, Doa Mengubah Segalanya

Tips Kesihatan

Tetapi Sewaktu Susah Kita Akan Lebih Menghargai Kesihatan

Tips Perkahwinan

Carilah Calon Suami Atau Isteri Yang Boleh Membahagiakan Kamu..Tak Comel Tak Apee..Boleh Tutup Lampu

Tips Kecantikan

Kecantikan Bukan Hanya Terpancar Dari Wajah Tapi Juga Perlu Kecantikan Hati Untuk Membuatnya

Nak Tegur Tu Boleh, Tapi Biar Kena Pada Caranya…

Teguran biarpun perit untuk diterima tetapi ia penting bagi mengekalkan keharmonian sesebuah hubungan. Apabila teguran atau kritikan membina diberikan kepada pasangan, ia dapat membantu mereka melihat kesilapan yang dilakukan dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Usah sesekali menganggap kritikan itu sebagai satu serang peribadi atau ‘senjata’ untuk menjatuhkan anda. Seeloknya, pandanglah ia dari sudut positif dan berusahalah untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Bagaimana cara terbaik untuk menegur si dia agar tiada perasaan yang terguris?

1. Bersikap jujur

Setiap kali anda mahu menegur pasangan, pastikan ia teguran realistik dan bukan dengan niat untuk menghentam. Tegur secara baik dan beritahu setiap kesalahannya itu dengan jujur. Berhati-hati dalam pemilihan ayat, susunlah ia agar sedap didengar dan tidak menyakitkan hati.

2. Puji sebelum dan selepas teguran

Sebelum anda menegur silap pasangan, sebaiknya mulakan dengan kata-kata manis yang memuji usaha si dia. Berikan kata semangat kepadanya, baharulah ditegur apa yang tidak kena. Sebagai contoh, “Sedapnya lauk yang awak masak ni. Tapi mungkin terlebih garam sedikit. Mungkin lepas ni, awak boleh masakkan lagi lauk seperti ini untuk saya.” Selepas teguran diberikan, eloklah anda sudahi dengan pujian sekali lagi untuk tidak emmatikan semangat si dia.

3. Jaga ton suara

Ketika menegur pasangan, selain susunan ayat yang baik, jagalah juga intonasi suara anda. Tegurlah secara lembut tanpa meninggikan suara. Ada masanya, ton suara yang lembut dapat memberi impak yang lebih ‘dalam’ berbanding nada suara tinggi.

4. Eye contact

Pastikan anda memandang tepat ke mata si dia ketika mengurnya. Bukan apa, dengan cara ini akan membuatkan pasangan terasa lebih dihargai. Selain itu, ia dapat mewujudkan rasa percaya dalam dirinya bahawa anda ikhlas menegur si dia.

5. Biar kena pada waktu

Jika pasangan melakukan kesalahan, tidak semestinya anda mengurnya si dia pada waktu itu juga. Pilihlah waktu yang sesuai, mungkin pada waktu mood pasangan anda sedang elok. Menegur pada waktu atau di tempat yang kurang sesuai bukan saja akan menjatuhkan air muka pasangan, ia juga boleh mengeruhkan keadaan dan berkemungkinan membuatkan si dia ‘berdendam’ dengan anda.

6. Jangan singgung perasaan

Mulakan setiap teguran dengan pendekatan yang lembut dan jangan biarkan si dia mencari solusi kepada kritikan anda itu seorang diri. Pastikan anda juga menyokongnya dan memberi cadangan membina untuk si dia berubah.

7. Bergurau dengan pasangan

BONUS! Sekiranya anda boleh menegurnya dengan sedikit sentuhan humor, ia lebih baik. kritikan begini biasanya tidak memberi tekanan kepada pasangan serta dapat membantu si dia untuk menerimanya dengan positif.

8. Sama-sama buat

Bantu si dia untuk membuat perubahan dan penyesuaian. Anda harus sentiasa bersedia untuk membantunya. Sekiranya anda boleh melakukannya bersama si dia, itu akan lebih memudahkan proses pembelajaran kalian untuk menjalani alam perkahwinan.

(2)

10 Jenis Lelaki Yang Tak Sesuai Dijadikan Calon Suami

Kata orang, cinta itu buta. Mana taknya, masa bercinta, anda selalunya terpengaruh dengan perasaan sendiri. Anda hanya nampak yang indah-indah saja, walaupun sebenarnya dia banyak menyakitkan hati!

Bila dia buat sesuatu yang tak sepatutnya, anda anggap dia buat silap, dan terus lupakan. Anda teruskan bercinta dan berharap sampai ke jinjang pelamin.

Tak apa kalau silapnya sikit saja. Maklumlah, tak ada manusia yang sempurna. Tapi kadang-kadang silapnya yang berulang kali itu patut dijadikan tanda bahawa dia bukan calon suami yang baik, tapi anda pilih untuk tepikan saja.

Ada sesetengah orang yang tak patut diberi peluang kedua – orang yang tak reti nak hargai anda dan takkan tahu nilai hati anda.

Nah, kami senaraikan 10 jenis lari yang bila jumpa, anda patut larikan diri!

1. Pemarah

Lelaki sejenis ini akan pusingkan semua perbincangan jadi bergaduhan. Semua benda kecil pun boleh buatkan dia marah, dan dia boleh bertukar mood dalam sekelip mata saja.

Mungkin dia ada isu dalaman yang buatkan dia jadi seorang yang pemarah? Siapa tahu kan? Tapi kalau anda terus berada di sisi dia, entah apa-apa yang boleh jadi pada nanti. Lama-lama, lelaki pemarah akan sakiti pasangannya secara emosional atau fizikal. Menakutkan!

2. Tak bertanggungjawab

Ini kualiti yang paling penting perlu ada pada seorang lelaki. Kalau dia tak ambil berat tentang tanggungjawabnya dan dia tak pernah bantu ibu ayah atau adik beradiknya, macam mana anda nak harap dia akan jaga anda dan anak-anak anda nanti?

Sabda Rasulullah SAW, “Lelaki adalah penjaga bagi keluarganya dan setiap penjaga ada tanggungjawab terhadap orang-orang di bawah jagaannya”.

3. Pengotor

Sebelum kahwin, mungkin tak berapa nampak tapi kalau anda sudah jadi teman serumahnya nanti, pasti akan rasa geli! Sebaiknya perhatikan tabiat pasangan anda seperti cara dia berpakaian, fizikalnya (kuku, rambut, gigi dan sebagainya), keadaan keretanya dan lain-lain.

4. Kurang adab

Sentiasa jaga adab bila bercakap dengan orang lain. Bila mahu minta sesuatu dari orang lain, mintak tolong secara baik. Selepas itu, ucapkan terima kasih. Kalau pertolongan itu sesuatu yang besar, lebih elok kalau si dia tahu cara balas budi.

Kalau anda jumpa lelaki yang tak tahu beradab, bukan kerja anda untuk ajarnya padanya!

5. Tak sefahaman

Dia ada ideologinya sendiri, dan ianya tak sama dengan fahaman anda. Dia mahu isteri yang akan sentiasa di rumah untuk melayan suami tapi anda pula mahu kejar cita-cita anda.

Memang tak mungkin semua orang ada pendapat yang sama tapi macam mana anda nak hidup sepanjang hayat dengan orang yang tak mahukan masa depan yang sama?

6. Tak tahu erti hormat

Saling hormat-menghormati itu sangat penting dalam sebuah hubungan. Kalau si dia suka merendah-rendahkan anda, dia tak tahu hormati anda. Kalau dia berani sentuh anda, dia tak tahu hormat anda. Kalau dia suka bercakap buruk tentang keluarga anda, dia tak hormati anda.

Jadi kalau dia tak hormati anda atau keluarga anda, jangan bagi dia peluang lagi.

7. Pemalas

Sepandai mana seseorang perempuan itu berdikari, dia tetap mahukan lelaki yang boleh menjaganya. Dia suka lelaki yang rajin berusaha untuk jamin masa depan mereka sekeluarga.

Dia tak suka lelaki yang suka bangun lewat dan cuma rajin harapkan duit dari ibu bapa.

8. “King control”

Ya, dia memang cintakan anda. Dia sentiasa ambil berat tentang anda. Dia anda nak makan sesuatu, dia akan dapatkan. Kalau anda sama-sama naik pengangkutan awam, dia akan pastikan anda ada tempat duduk. Tapi kalau dia suka buat keputusan sendiri tanpa tanya pendapat anda, ini juga tak sihat untuk jangka masa panjang hubungan anda.

Kalau dia suka telefon anda setiap masa untuk tahu anda di mana dan dengan siapa dan anda perlu dapatkan izinnya untuk segala benda kecil, maksudnya dia terlalu mengawal. Larikan diri sebelum terlambat!

9. Pisau cukur

Ada juga lelaki yang tak bekerja, atau bekerja ala kadar saja tapi selebihnya hanya harapkan duit dari anda saja. Kalau anda jumpa lelaki jenis sebegini, cepat-cepat cabut!

10. Terlalu manja

Ramai lelaki yang nampak “kuat” di luaran tapi sebenarnya manja bila bersama anda. Tapi kalau dia terlalu manja, anda pun akan rasa rimas nanti. Lelaki yang terlampu manja ini juga sebenarnya kurang keyakinan diri dan perlu sentiasa diberi jaminan tentang hubungan dan kerjayanya.

Perkahwinan adalah komitmen sepajang hayat jadi pastikan anda buat pilihan yang betul. Celikkan mata dan kalau anda nampak tanda-tanda yang kurang menyenangkan, ingat yang anda ada kuasa untuk menolak.

(3)

Adam & Hawa, Dua Insan Berbeza

Apa yang lelaki tahu tentang perempuan? Nampak macam tak banyak, kan? Tapi kenapa lelaki rasa susah nak faham perempuan?

Banyak kajian dah dibuat untuk fahami cara lelaki dan perempuan berfikir. Kalau anda tanya lelaki, memang ramai tak tahu apa yang perempuan mahukan. Nak jaga hati perempuan pun susah, apatah lagi nak fahami!

Kalau ditanya pada perempuan, mereka pun akan kata yang sama tentang lelaki. Memang fitrah lelaki dan perempuan memang Allah SWT telah ciptakan untuk jadi lain-lain. Kita memang akan berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza. Semuanya ada fungsi masing-masing.

Contohnya, perempuan lebih lembut dan penyayang dan lebih cenderung untuk layan perasaan. Semua ini berguna untuk anda besarkan anak-anak. Anda perlu ada sisi yang lembut dan emosional untuk melayan bayi dan kanak-kanak.

Sifat lelaki pula sebaliknya – mereka selalunya lebih “kuat” dari segi fizikal dan emosi. Allah SWT juga telah jadikan lelaki sebagai pelindung dan penjaga yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, jadi secara semula jadi, lelaki kurang emosional. Lelaki perlu jadi kuat untuk jaga keluarga mereka.

Bila perempuan hadapi masalah, biasanya mereka akan terus marah, emosional, dan kadang-kadang menangis. Tapi kalau lelaki yang bermasalah, reaksi mereka pasti lain. Mungkin mereka juga rasa nak marah dan sakit hati, tapi naluri mereka akan terus cari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah. Dalam situasi sebegini, mestilah naluri lelaki lebih berguna!

Bila perempuan ada masalah, mereka hanya nak mengadu dan dapat belaian dari suami mereka. Tapi selalunya tak dapat, sebab lelaki hanya akan selesaikan masalah.

Ini tak bermaksud lelaki tak kisah. Sebenarnya mereka juga ada perasaan, cuma mereka pilih untuk tak tunjukkan.

Naluri mereka pun dijadikan untuk melindungi dan menjaga kaum perempuan, jadi mestilah mereka nak tunjukkan yang mereka boleh jalankan tanggungjawab ini. Kalau mereka pun asyik merengek dan mengadu, mesti perempuan susah nak yakin pada mereka, kan?

Lelaki ada perasaan, cuma mereka hanya tunjukkan pada orang yang betul-betul buat mereka rasa “selamat”. Mereka hanya tunjukkan pada orang yang takkan pandang rendah pada mereka bila mereka tunjukkan sisi “lembut” ini.

Dalam rumahtangga, perempuan pula mahu rasa seperti suaminya ambil berat tentang dia. Dia mahu suaminya nampak bila dia bersiap lebih daripada biasa. Dia mahu suaminya jadi romantis sekali-sekala dan beri pujian padanya. Dia mahu suaminya peluk dia tanpa sebab. Tapi ini jarang terjadi.

Bila keduanya saling tak memahami, dan kedua-duanya tak cuba untuk fahami, maka hilanglah harmoni dalam rumahtangga. Suami anggap isteri tak cuba fahaminya, isteri pula anggap suami tak kisah tentangnya.

Dengan kadar penceraian yang semakin meningkat, penting untuk anda fahami perbezaan-perbezaan sifat dan cara pemikiran antara lelaki dan perempuan. Cuba dalami cara terbaik untuk bercakap dengan pasangan anda, dan ini saja boleh bawa perbezaan yang ketara dalam hidup anda.

(1)

Anjurkan Majlis Kahwin Dengan Bajet RM5000 Je!

Majlis perkahwin sepatutnya dilakukan untuk tunjukkan rasa syukur dengan rezeki pernikahan ini. Ia juga bertujuan untuk kongsi kegembiraan pasangan pengantin dan menutup pintu-pintu fitnah yang mungkin datang jika pernikahan itu tak diwar-warkan.

Hari ini, ramai anak muda yang nak berkahwin dan mereka sudah mampu dari segi fizikal, kematangan, dan kewangan. Cuma kemampuan kewangan mereka tidaklah sampai bermewah-mewah. Cukuplah untuk sekadar hidup seadanya.

Tapi bila disuarakan niat nak berkahwin, bermacam halangan yang datang. Antara masalah yang selalu dihadapi adalah kos majlis perkahwinan yang tinggi, sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Anjurkan walimah (kenduri kahwin) sekali pun dengan seekor kambing.” (HR Bukhari).

Sebenarnya tak susah nak anjurkan majlis dengan kos yang murah. Tak perlu belanja sampai berpuluh ribu pun, asalkan hubungan sudah halal dan majlis dah diadakan.

Macam mana caranya? Jom ikuti tips bajet kami!

1. Mas Kahwin

Dalam Islam, sebenarnya tak ada garis minima untuk nilai mas kahwin. Cuma ia sepatutnya selari dengan kemampuan pengantin lelaki. Sebaiknya kedua-dua pasangan harus berbincang hingga setuju dengan satu nilai yang tak membebankan mana-mana pihak.

Namun di Malaysia, setiap negeri ada letakkan nilai minima yang berlainan. Kebanyakan negeri meletakkan kadar minima pada harga RM80. Untuk tujuan bajet ini, kami letakkan nilai mas kahwin sebanyak RM100.

2. Cincin

Kalau belum mampu, tak perlu beli cincin yang mahal pun. Cukuplah beli cincin suasa yang berharga dalam lingkungan RM200. Harga untuk sepasangan cincin untuk lelaki dan perempuan pula akan jadi RM400.

3. Baju

Kalau pandai membeli, anda pasti boleh jumpa baju berona lembut dengan potongan yang cantik pada harga RM200-RM250. Baju lelaki pula banyak yang berkualiti dan boleh didapati pada harga bawah RM150.

Kalau anda mahu persalinan yang tampak lebih “meriah”, boleh sewa saja baju tersebut di butik-butik pengantin atau orang-orang persendirian pada harga yang sama; RM400.

4. Solekan

Walaupun rata-rata harga jurusolek zaman sekarang semakin tinggi, tapi masih ramai jurusolek yang tawarkan servis ini pada harga bermula RM150 lebih-lebih lagi jika mereka baru mula berkecimpung dalam bidang solekan.

Jadi di sini, kami letakkan bajet solekan sebanyak RM200. Tapi kalau anda ada kawan yang pandai bersolek atau anda sendiri yakin untuk “conteng” muka sendiri, lebih banyak wang yang boleh jimat disini!

5. Makanan

Percaya atau tak, masih ada khidmat katering yang menawarkan harga serendah RM6 satu kepada untuk menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan. Tapi selalunya pihak katering akan letakkan syarat minima 1000 kepala.

Untuk majlis perkahwinan yang bajet, kami anggarkan anda jemput 300 orang yang terdekat saja. Bajet satu kepala pula naik kepada RM8. Jadi RM8 x 300 = RM2400

6. Kad Jemputan

Kalau nak jemput 300 orang, kad undangan yang dihantar mestilah kurang dari 300 kan? Mungkin separuh atau sekitar 200 kad saja yang akan dicetak. Jadi kos keseluruhan untuk 200 kad yang dicetak pada harga RM0.80 setiap satu akan jadi RM160 saja!

7. Jurugambar

Jurugambar pun selalunya merupakan antara salah satu perkara yang menelan bajet yang besar. Mana taknya, majlis sekali seumur hidup, mestilah nak diabadikan sebaik mungkin.

Sebenarnya masih ada anak muda juga yang menawarkan servis ini pada harga serendah RM500 untuk “shoot and burn” saja. Tapi bila ditambah “editing” dan album, lain pula harganya.

Untuk majlis anda, kami cadangkan bajet jurugambar diletakkan pada harga RM800.

8. Doorgift

Macam-macam yang boleh anda beri pada tetamu pada kos yang rendah. Contohnya bahulu, pek makanan ringan, ataupun cetakan surah-surah lazim semuanya boleh didapati pada RM1 saja. Jadi RM1 x 300 = RM300 saja!

9. Pelamin

Item yang terakhir ini paling kurang kepentingannya tapi boleh juga dimasukkan kalau anda tetap mahukannya.

Untuk majlis yang ringkas, kami cadangkan anda buat sendiri pelamin yang nampak “simple” tapi menarik. Gunakan sofa, meja-meja kecil, vas dan kain langsir yang sedia ada. Cuma keluarkan bajet kecil , mungkin sekitar RM200, untuk sewa peralatan yang kurang atau untuk beli bunga buat perhiasan di pelamin ini.

Anda juga boleh gunakan peluang ini untuk tunjukkan sisi kreatif masing-masing!

bajet

Dah selesai! Kini anda berdua dah halal, majlis pun dah jalan, dan tak perlu pening-pening lagi. Selamat mulakan hidup baru!

(2)

Geram Macam Mana Pun, Jangan Sampai Perasaan Si Dia Terguris

Konflik dan masalah adalah asam garam hidup. Cara anda menyelesaikan masalah boleh menentukan sama ada perkahwinan itu tenang atau sebaliknya. Ia juga boleh menentukan arah tuju kita di Akhirat nanti.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW berkata;

“Sesungguhnya seseorang itu boleh berkata sesuatu yang diredhai Allah SWT dan ia tak sangka bahawa perkataan itu akan mencapai satu tahap yang dapat dicapainya, lalu Allah tuliskan bahawa ia akan memperoleh redhaNya pada Hari Perhitungan nanti. Dan sesunggunya seseorang itu boleh berkata sesuatu yang dimurkai Allah, ia tak sangka bahawa perkataan itu akan satu tahap yang dapat dicapainya, lalu Allah tuliskan bahawa ia akan memperoleh kemurkaanNya pada Hari Perhitungan nanti” (HR Tirmidzi dan Ibn Majah)

Allah SWT juga berkata di dalam Al-Quran yang bermaksud;

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
(QS Qaaf 50:18)

Apa pun yang anda rasa, ingat bahawa penggunaan bahasa yang kasar dan kata-kata kesat dalam pergaduhan hanya akan meninggalkan impak yang negatif dan perasaan itu akan kekal walaupun selepas masalah anda selesai. Tambah lagi, ia akan mengganggu emosi dan rasa tak puas hati yang akan bercambah dalam hati.

Pun begitu, jangan pula anda terus diamkan diri tanpa berbincang langsung bila ada masalah yang timbul. Ini cuma penyelesaian jangka masa pendek. Sementara anda berdiam diri, perasaan anda akan terbuku dalam hati. Lama-lama anda akan jadi seorang yang kurang sabar dan bila-bila masa saja boleh “meletup”.

Jadi berbincanglah secara baik. Pastikan anda berdua dalam keadaan bertenang dan luahkan perasaan masing-masing tanpa mengguriskan hati sesiapa pun.

Kedua-dua suami isteri mesti elak buat keputusan hanya kerana mahu terasa seperti “menang”. Ini hanya akan membesarkan jurang di antara anda berdua. Paling penting, jaga kata-kata anda.

Abdullah bin Amir RA berkata; “Rasulullah SAW tak pernah keji atau lucah dalam bahasanya. Baginda pernah berkata, ‘Yang terbaik di antara kamu adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik.” (HR Bukhari)

Dan apabila Aishah RA ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, dia berkata; “Rasulullah SAW tak pernah kurang ajar atau tidak senonoh, dan dia tak pernah menyaringkan suaranya di jalanan, dan tak membalas kejahatan dengan kejahatan, tapi dia memaafkan dan memberi ampunan.” (HR Tirmidzi)

Kita pun dah diberi amaran oleh Rasulullah SAW dari menjadi “orang yang paling buruk di mata Allah SWT pada Hari Kiamat”, iaitu “orang yang dielakkan oleh orang lain kerana kejahatannya.” (HR Bukhari).

(225)

You're about to be redirected

The blog that used to be here is now at http://ift.tt/2cFh2Do.
Do you wish to be redirected?

This blog is not hosted by Blogger and has not been checked for spam, viruses and other forms of malware.

Kisah Mualaf Ami dari Amerika: Pengalaman Pertama Berhijab

Selasa, 10 Zulhijjah 1437 H / 13 September 2016 23:33 wib

14 views

Assalamu’alaikum. Perkenalkan, nama saya Ami asli Amerika. Sudah dua tahun ini saya masuk Islam, Alhamdulillah. Saat ini saya sedang kuliah S2 untuk gelar Master of Art (MA) dan menjadi instruktur bahasa Arab di salah satu Universitas di Amerika. Kisah ini saya tulis ketika saya memutuskan untuk memakai hijab setiap hari, kemana pun saya pergi.

Awalnya saya begitu gugup ketika harus tampil berhijab saat berangkat ke kampus untuk mengajar. Mahasiswa dan mahasiswi yang saya ajar adalah pelajar-pelajar Amerika. Saat itu perkuliahan sudah di tengah-tengah semester. Perut rasanya melilit ketika saya melangkah menuju kelas.

Ada satu sisi dalam diri yang berbisik untuk melepas saja hijab yang telah  terpakai ini. Saya merasa hijab ini akan merusak hubungan baik yang sudah terjalin selama ini dengan para mahasiswa di kampus.

Syukurlah, keinginan untuk istiqomah memakai hijab mengalahkan suara diri yang menyuruh untuk melepasnya. Saat menghadapi kenyataan adalah ketika kulangkahkan kaki masuk ke kelas. Semua mata memandangku dengan ekspresi bingung.

“Kenapa kalian memandang saya seperti itu? Apakah ada yang berbeda pada diri saya hari ini?” Saya pun berusaha untuk mencairkan suasana dengan obrolan ringan. Senyum tersungging di bibir dan akhirnya disambut dengan suara tertawa oleh mereka.

...Saya berhijab karena memang itu perintah dari agama yang saya anut. Saya juga meyakinkan mereka bahwa saya masih tetap orang yang sama meskipun mungkin penampilan berbeda...

Saya pun menjelaskan dengan singkat bahwa inilah gaya berbusana saya mulai hari ini dan seterusnya. Saya berhijab karena memang itu perintah dari agama yang saya anut. Saya juga meyakinkan mereka bahwa saya masih tetap orang yang sama meskipun mungkin penampilan berbeda.

Di tengah upaya menjelaskan tentang keputusan saya itu, tanpa terasa mata ini sudah penuh dengan airmata. Agar tidak terbawa suasana syahdu, mereka pun kompak bertepuk tangan. Dan sambutan mereka itu malah membuat airmata saya turun dengan deras.

“Tidak apa-apa. Anda pun bisa memakai burqa bila mau. Itu tidak akan mengubah hubungan baik kita selama ini,” salah satu mahasiswa berkata.

Saya pun tertawa mendengar kata-katanya sambil berusaha menghapus air yang membasahi pipi. Kata-kata tersebut diikuti oleh temannya yang lain, “Ayolah, peluk ibu dosen kita ini.”

“Pelukan hanya dari sesama perempuan saja ya,” aku cepat-cepat menambahkan. Mereka semua tertawa.

Sungguh, saya sangat bersyukur pada Allah untuk pengalaman indah ini. Betapa ternyata di kebanyakan orang tersimpan kebaikan, cinta dan empati yang itu semua jauh lebih kuat daripada perbedaan di antara kita. Masya Allah. (riafariana/voa-islam.com)

Sumber: muslimoftheworld

Sebarkan informasi ini, semoga menjadi amal sholeh kita!