Sebenarnya Anda Hanya Perlukan 2 Perkara Ini Untuk Dapat Perkahwinan Yang Bahagia

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS An-Nuur 30:21)

Mesti anda dah banyak kali baca ayat di atas, kan? Tapi berapa ramai yang betul-betul mengaplikasikannya dalam kehidupan? Berapa banyak perkahwinan yang betul-betul dibina atas dasar kasih sayang dan belas kasihan? Di mana pula silapnya bila banyak perkahwinan yang berakhir dengan penceraian?

Secara umum, perempuan perlukan pasangan yang mencintainya dengan sepenuh hati. Lelaki pula perlukan pasangan yang hormat padanya setiap masa. Bila isteri rasa tak disayangi, dia akan menunjukkan perangai yang buat suami rasa seperti tak dihormati. Bila suami rasa tak dihormati, dia pula makin tak endahkan isteri, dan isteri akan rasa semakin tak disayangi.

Ianya seperti satu masalah yang berputar-putar dalam bulatan yang sama dan akan sentiasa berulang hingga akhirnya isteri rasa tak disayangi langsung, dan suami rasa tak dihormati langsung.

Untuk keluar dari “bulatan” ini, salah satu pasangan mesti teguh. Walaupun anda rasa tak disayangi atau dihormati, anda mesti terus berusaha tanpa putus asa demi pertahankan perkahwinan anda. Jangan tunggu suami anda sayang, baru anda akan hormati dia. Atau jangan tunggu isteri anda hormat, baru anda akan tunjukkan rasa sayang padanya.

Cintai dan hormatilah pasangan anda kerana rasa tanggungjawab dan janji untuk sentiasa bersama yang anda dah lafazkan, bukan kerana anda harapkan apa-apa daripadanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah rang yang berakhlak mulia, dan yang terbaik di antara kamu adalah orang yang berkelakukan baik terhadap isterinya” (HR Tirmidzi)

Penting untuk seorang suami melayan isterinya dengan kasih sayang dan kelembutan. Lupakan kekurangannya, kerana mesti ada kebaikannya yang boleh menutupi kekurangan itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah mendirikan solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dikatakan kepadanya “Masuklah Syurga mengikut mana-mana pintu yang kamu mahu”” (HR Tirmidzi)

Isteri pula diminta untuk hormati dan ikut kehendak suami kerana suami telah diberi tanggungjawab yang lebih, iaitu untuk menjaga dan melindungi isterinya.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. (QS An-Nisaa 4:34)

Di zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, seorang lelaki telah datang kepada Umar untuk mengadu tentang isterinya. Bila dia sampai ke rumah Umar Al-Khattab, lelaki itu mendengar isteri Umar menjerit kepada Umar. Bila lelaki itu berpaling untuk balik, Umar pun memanggilnya. Lelaki itu pun beritahu pada Umar yang dia telah datang untuk mengadu tentang isterinya tapi rupanya Umar pun ada masalah yang sama.

Umar pun menjawab yang isterinya telah bertolak ansur dengannya, mambasuh bajunya, membersihkan rumahnya, member ketenangan padanya, dan menjaga anak-anaknya. Kalau isterinya boleh lalukan semua ini untuk Umar, takkan beliau tidak boleh bertolak ansur dengan bebelan isterinya?

Cerita ini sepatutnya dijadikan contoh yang baik untuk kita semua – lelaki dan perempuan. Untuk berjaya dalam perkahwinan, anda mesti sentiasa sabar dan bertolak ansur. InshaAllah pahala menanti bagi orang-orang yang sabar.

(2)

0 comments:

Post a Comment