Rumahtangga yang aman bahgaia akan membawa kepada keberkatan hidup dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah.
Apa yang penting, kedua-dua belah pihak suami dan isteri mesti saling hormat menghormati dan mesti saling bertolak ansur dalam melayari hidup berumahtangga. Bagi mengelakkan masalah rumahtangga yang berpanjangan, petua yang ditinggalkan oleh Umamah binti Harith ini seharusnya boleh dijadikan panduan buat kita semua.
“Asas kebaikan bangsa adalah kebaikan keluarga dan kunci kebaikan keluarga adalah kebaikan kaum perempuan, kerana perempuan adalah guru dunia. Perempuanlah yang menggoyang hayunan dengan tangan kanannya dan menggoncang dunia dengan tangan kirinya” – Imam Hasan Al Banna
Umamah binti Harith telah meninggalkan wasiat kepada anak perempuannya yang pada masa itu bakal berkahwin dengan Al Harith bin Amru, iaitu seorang raja Yaman. Dalam wasiat itu, Umamah berkata, “Wahai puteriku, aku ingin memberitahuku sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti. Sepuluh perkara itu anakku ialah;”
1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan. Perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia nampak sesuatu yang buruk atau terbau sesuatu yang buruk.
2. Sentiasalah berbangga dengannya kerana ini akan membuatkannya bertambah sayang padamu.
3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan berlembut juga denganmu.
4. Uruskanlah segala hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.
5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
6. Simpan segala rahsianya dengan baik. Jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
7. Jagalah waktu makannya dan waktu rehatnya kerana apabila perut lapar, emosinya akan terganggu dan tidur yang tidak cukup akan membuatnya letih.
8. Bila suamimu sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Perlu pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
9. Sentiasalah hiasi dirimu, agar suaminya sentiasa gembira melihatmu.
10. Sentiasa bersedia untuk menjadi penolong suamimu. Nanti suamimu akan menjadi penolong pula pada dirimu.
Setiap pasangan suami isteri yang bernikah pastinya mengimpikan kehidupan berumahtangga yang bahagia dan aman. Harapannya, supaya ikatan kasih sayang ini dapat berkekalan hingga ke akhir hayat.
Namun, adat berumahtangga pastinya tak lari dari ujian yang kadangkala boleh menggangu kedamaian. Bagi anda yang sedang ingin berumahtanggga, carilah ilmu agar anda berdua sama-sama bersedia menempuah alam baru itu nanti dan dapat mengurangkan risiko penceraian yang semakin meningkat kini.
Buat anda yang sudah berkahwin, teruslah mengeratkan kasih sayang terhadap pasangan anda agar rumahtangga yang dibina terus berdiri teguh.
(25379)





0 comments:
Post a Comment