Umum tahu bahawa lelaki suka baiki dan selesaikan masalah. Sifat yang satu ini memang sudah tertanam dalam diri mereka. Jadi sebagai wanita, gunakan sifat ini untuk berkomunikasi dengan pasangan anda.
Bila anda mahu dia bersihkan rumah, kebanyakan isteri akan gunakan ayat seperti, “Sepahnya bilik ni… Bersihkan sekarang!”. Bila anda berkata begini, ianya hanya kedengaran seperti satu bebelan dan suami akan rasa tak dihormati. Tapi bila anda bijak berkomunikasi, anda boleh kata, “Saya nak minta tolong sesuatu. Boleh tak awak fikirkan cara untuk pastikan bilik ini sentiasa kemas?”
Ingat, lelaki suka lakukan perkara yang akan buat mereka rasa dihargai, dan tak suka lakukan apa-apa yang disuruh.
Mengarah, mengeluh, dan membebel hingga dia buat apa yang anda mahukan hanya akan buat dia rasa seperti hamba, bukan pasangan yang dihormati dan dipercayai. Jadi kalau anda mahu dia lakukan apa-apa, minta sekali sahaja dan dengan cara yang betul.
Hakikatnya, wanita boleh dapat apa saja yang mereka mahukan, kalau kena caranya. Mulai hari ini, mula dengan tukar intonasi suara anda, biar dia selesaikan dalam masanya sendiri, pilih perkara-perkara yang penting, fahami apa yang penting bagi dia, dan jangan sekekali tunjukkan rasa tak puas hati dengan mengambil alih tugas dia.
Sebagai isteri, anda kena pandai memujuk dan bercakap dalam lenggok yang boleh “mencairkan” hati pasangan anda. Ini adalah satu “kemahiran” yang hanya ada pada para isteri saja. Jadi tukar cara anda, dan guna cara ini untuk perhebatkan hubungan anda dengan suami anda.
Paling baik, kalau anda boleh fahami suami anda dengan cara meminta dengan baik dan terangkan kenapa anda perlukan sesuatu diselesaikan dengan cepat.
Sebenarnya lelaki suka tunjukkan kebolehan mereka, tapi selalunya mereka akan tunggu orang lain minta bantuan mereka. Jadi wanita kena fahami fitrah lelaki ini dan jangan terlalu berhadap lelaki akan selesaikan semua masalah mereka tanpa dipinta. Bila anda perlukan bantuan lelaki pula, pastikan anda meminta dan bukan menyuruh.
Dalam hidup suami isteri, masing-masing mesti mainkan peranan untuk dapatkan kebahagiaan dalam hidup berumah tangga. Ada masanya anda akan rasa seakan anda seorang saja yang berusaha untuk anda berdua, tapi kalau tujuan perkahwinan kita adalah untuk menuju redha Allah, yakinlah yang Allah SWT nampak segala usaha anda.
(1)
0 comments:
Post a Comment