Selepas nikah, secara utomatik anda akan rasa bertanggungjawab untuk cinta dan lindungi pasangan anda. Mana taknya, kan kebahagiaan si dia sekarang bergantung pada anda?
Oleh sebab ini, anda perlu berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian bersama. Jangan biarkan perkara kecik merosakkan hubungan yang boleh menjadikan anda orang paling bahagia sekali!
Di sini kami senaraikan beberapa perkara yang anda mungkin lakukan secara tak sedar tapi ia merosakkan hubungan dengan suami/isteri anda dan perlahan-lahan “membunuh” perkahwinan anda.
1. Berbelanja lebih dari kemampuan anda
Dalam soal kewangan, tanggungjawab seorang suami adalah menyediakan manakala tanggungjawab seorang isteri pula adalah menjaga. Jadi sebagai isteri, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah hidup ikut kemampuan suami anda.
Tunjukkan bahawa anda hargai segala usaha dan penat lelahnya dengan mengikuti bajet yang tertentu dan gunakan semua yang anda sudah ada sebaiknya. Rancang kewangan dengan bijak.
2. Sentiasa berfikiran negatif
Anda tak suka bentuk telinga anda, kecah di ruang tamu, jiran di depan rumah, rakan sekerja, bunyi mesin basuh anda dan sebagainya. Semuanya serba tak kena.
Sebaik saja jumpa si dia, anda ceritakan semua yang anda tak suka. Mungkin bagi anda, anda cuma meluahkan perasaan tapi bila ianya berlaku setiap masa, sikap ini boleh membawa mood yang negative kepada pasangan anda juga.
Memang sekali sekala aka nada benda yang buat anda rasa tak puas hati, tak apa. Tapi jangan jadikannya tabiat.
3. Mendahulukan orang lain
Bila anda sentiasa letakkan pendapat atau kemahuan ibu, kawan-kawan, minat sendiri atau majikan sebagai priority, si dia akan rasa tak penting dalam hidup anda. Kalau ia selalu berlaku dan berpanjangan, mesti semangat dia untuk bersama anda pun jatuh, kan?
4. Tolak hubungan intim
Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk menundukkan nafsu dan menghalalkan hubungan kelamin. Bila anda sentiasa tolak kemahuan suami/isteri anda, si dia pasti terasa.
Bersyukur bila suami anda mahu kongsi saat intim dan penting dengan anda. Kalau anda tiada mood, beritahu padanya dan pujuk si dia dengan baik.
5. Anggap dia sentiasa faham anda
Sebagai contoh, bila isteri nakkan sesuatu, dia suka berikan “hint”. Tapi lelaki susah nak faham.
Apa pun yang anda rasakan, terus terang. Kalau anda terasa hati, beritahu secara jujur dan jangan simpan. Lebih penting, jangan harap dia boleh baca fikiran dan emosi anda. Komunikasi mestila dua hala.
(2)
0 comments:
Post a Comment