Cinta boleh memberi banyak makna yang berbeza. Ia boleh jadi pengalaman yang indah, yang menyentuh emosi paling dalam. Bila dua orang sama sama saling memahami, meyakini, berkongsi dan memaafkan. Ia adalah kesetiaan di masa susah dan senang. Ia menerima kekurangan dan memberi ruang pada kesilapan biasa.
Cinta adalah bila anda bahagia dengan apa yang anda sudah ada, dan terus mengharap untuk masa depan bersama tanpa menyesali masa lampau. Ia adalah rentetan kehidupan seharian – rasa jengkel, masalah, tolak ansur, kekecewaan kecil, kemenangan besar, dan sama-sama usaha untuk tujuan yang sama.
Kalau anda pernah jatuh cinta sepanjang hidup anda, perasaan bahagia itu boleh menggantikan pengalaman lain yang anda tak pernah rasakan sepanjang hidup.
Mungkin nampak terlalu idealistik, tapi salahkah bila anda ada kemahuan untuk ada seseorang yang boleh jadi teman sehati sejiwa, kawan, kekasih, pasangan yang boleh berkongsi segala-galanya? Salahkah kalau anda mahu bersama seseorang yang membuat anda rasa teruja dengan kelakuan, personality dan kejujurannya? Salahkah bila anda mahu mencintai dan dicintai?
Tapi bila anda berjaya kumpul keberanian untuk berusaha dapatkan cinta dengan berbincang dengan ibu bapa atau ibu bapa pasangan anda, tiba-tiba anda “ditampar” dengan kebenaran yang pahit yang mengatakan anda terlalu naïf.
Ramai orang yang fikir anda mengarut dan tak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin mereka lupa, tak lama dulu mereka pun pernah berada dalam situasi yang sama.
Walhal ramai orang yang masih belum berkahwin kerana faktor-faktor yang tak ada kaitan dengan agama. Kita terlalu pentingkan adat dan harta benda hingga ramai orang masih tak berkahwin walaupun usia dah lanjut.
Anak muda ataupun ibu bapa selalu letakkan criteria yang terlalu tinggi untuk pasangan hidup. Mesti berpendidikan tinggi, bekerjaya, stabil dari segi kewangan dan rupa paras yang elok. Akhirnya, ramai orang yang tak berkahwin.
Sedangkan sepatutnya sebagai orang Islam, kita meletakkan criteria berdasarkan akhlak yang telah digariskan, bukan pangkat atau kedudukan dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (HR Tirmidzi)
Sepatutnya sebagai seorang Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk bantu saudara Islam kita berkahwin.
Firman Allah SWT;
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. ( QS An-Nuur 24:32)
(0)
0 comments:
Post a Comment