Checklist Persiapan Sebelum Pergi Berbulan Madu

Baju nikah dah disiapkan, “deposit” untuk katerer dah dibayar, semua persiapan lain pun dah dirancang dengan rapi. Tapi sebelum anda boleh betul-betul bertenang, ada satu lagi persiapan yang perlu dibuat. Jangan risau. Ianya persiapan bulan madu, jadi inshaAllah berbaloi.

Sebelum anda mulakan percutian sekali seumur hidup ini, anda perlu siapkan beberapa perkara supaya anda boleh betul-betul “enjoy” percutian anda nanti. Khas untuk anda, kami buatkan senarai yang lengkap!

1. Passport/visa/lesen memandu

Kalau anda nak melancong ke luar negara, pastikan anda bawa pasport bersama. Dan ada sesetengah destinasi yang perlukan Visa untuk masuk jadi pastikan anda tak tinggal yang ini. Bawa sekali lesen memandu kalau-kalau sesetengah tempat mahu anda tinggalkan kad pengenalan diri nanti.

2. Tiket penerbangan atau pengesahan e-tiket

Paling penting sebelum mulakan perjalanan anda, pastikan yang ini dah ada! Jangan nanti dah sampai di lapangan terbang baru terkial-kial nak cari.

Kalau rasa nak berjalan jauh sikit, jom tengok #AirAsiaFreeSeats. Ada 3 juta tiket untuk dihabiskan. Cepat-cepat sebelum promosi tamat!

button-banner

3. Pengesahan tempat penginapan

Kadang-kadang anda rasa dah buat, tapi bila dah sampai hotel tiba-tiba tak ada rekod pula. Untuk elakkan situasi sebegini, pastikan anda bawa semua slip pengesahan ya!

4. Matawang asing

Kalau anda bakal berbulan madu di luar negara, pastikan anda tukar awal-awal sebelum berangkat. Selalu matawang asing lebih murah jika dibeli di dalam negara.

5. Kad kredit (yang betul-betul perlu sahaja!)

Yang ini perlu dibawa untuk kegunaan di saat kecemasan. Tapi jangan keterlaluan. Bawa yang perlu sahaja supaya anda tak “terbelanja” lebih pula nanti.

6. Bekalan makanan

Sebagai orang Islam, pasti anda ambil berat tentang makanan kan? Jadi bawalah sedikit bekalan makanan just in case tempat yang bakal anda tuju tak sediakan makanan halal. Kalaupun anda melancong ke negara Islam, pasti anda perlukan sedikit bekal untuk masa mula-mula sampai nanti. Dah kepenatan nanti mesti malas nak berjalan cari makanan pula kan?

Paling kurang pun, pastikan anda makan secukupnya sebelum mulakan penerbangan supaya anda tak lesu bila dah sampai nanti. Tak sempat? Jangan risau, AirAsia kini dah sediakan “Kombo Santan” serendah RM10 sahaja! Ada 15 menu untuk dipilih! Maklumat lanjut disini.

7. Pakaian secukupnya

Yang ini kena sesuaikan dengan destinasi dan tempoh percutian anda. Ambil kira juga keadaan cuaca di destinasi bulan madu anda nanti. Tak susah pun, cuma “google” saja ramalan kaji cuaca untuk tarikh percutian anda nanti.

8. Salinan insuran perjalanan

Ini perlu untuk kegunaan saat kecemasan. Doa supaya tak ada apa-apa tapi kadang-kadang malang tak berbau, kan?

9. Nombor untuk dihubungi saat kecemasan (doktor, ibu bapa, syarikat kad kredit)

Simpan informasi ini bersama anda setiap masa, selain dari di telefon bimbit. Mana tahu kalau tiba-tiba tak jumpa telefon pula jadi apa kata anda tulis di tempat lain dan simpan berasingan.

10. Ubat-ubatan

Kalau anda tek berpenyakit pun, bawa saja ubat-ubatan biasa. Contohnya ubat sakit kepala, minyak urut, dan sebagainya.

11. Mangga kecil untuk bagasi

Paling baik kalau anda pilih yang boleh dikunci menggunakan nombor kombinasi saja supaya anda tak perlu risau akan hilang kunci mangga ini nanti.

12. Kamera!

Bulan madu sebagai pengantin baru kan ibarat percutian seumur hidup, jadi pastikan anda bawa kamera supaya anda boleh abadikan kenanangan bersama nanti.

(52)

0 comments:

Post a Comment