Selepas majlis akad nikah dan kenduri pun selesai, kini dah tiba masanya untuk anda berdua lepaskan segala penat lelah merancang majlis perkahwinan dan pergi bercuti ke destinasi bulan madu impian anda! Tapi sebagai pasangan yang baru berkahwin, selalunya bajet pun kurang. Jadi apa solusinya?
Nah kami senaraikan cara bagaimana anda masih boleh menikmati bulan madu impian anda dengan bajet yang sedia ada. Jangan lupa cuba tau!
1. Bincang dengan pasangan
Kan nak pergi berdua, jadi anda kena lah ambil kira pandangan si dia. Anda mesti dah tahu apa yang anda mahu jadi sekarang anda hanya perlu tanya dia tentang apa yang dia mahu. Dengan bajet yang ada, apakah destinasi-destinasi yang mungkin anda lawati.
Dari situ, anda boleh sama-sama rancang percutian pertama sebagai suami isteri!
2. Buat persediaan awal
Sebelum majlis lagi, anda dah boleh pertimbangkan beberapa destinasi yang mungkin masuk dalam bajet anda. Antara destinasi bajet yang popular untuk bulan madu termasuk Bali, Krabi, Lombok, Phuket, atau pulau-pulau di sekitar Sabah.
Bila dah tahu destinasi yang nak dituju, anda dah boleh buat “research” tentang tempat itu nanti. Jadi awal-awal lagi anda dah boleh buat persediaan tentang pengangkutan, makanan, bajet, tempat-tempat menarik yang nak dituju dan sebagainya.
3. Dapatkan tiket diskaun
Di masa kini, ada banyak syarikat penerbangan yang menyediakan diskaun untuk tiket atau pakej-paket percutian pada harga diskaun terutama sekali jika anda rancang percutian dari awal dan tempat tiket beberapa bulan sebelum percutian anda.
Antara syarikat penerbangan yang paling popular di kalangan pasangan yang baru berkahwin adalah Air Asia. Kalau anda nak berkahwin dan berbulan madu tahun depan, apa kata anda dapatkan tiket sekarang sempena promosi FreeSeats yang sedang berlangsung sekarang hingga 20 November ini. Boleh tengok laman web AirAsia atau klik di sini:
4. Ringankan mulut
Semasa anda “check-in” untuk penerbangan dan hotel nanti, ringankan mulut untuk beritahu mereka yang anda sedang berbulan madu. Mana tahu, kalau ada tempat kosong, tiket atau bilik anda akan di “upgrade” secara percuma. Atau mungkin pihak hotel akan hadiah anda berdua “candlelight dinner” sebagai hadiah perkahwinan anda. Tak cuba tak tahu, kan?
(2)





0 comments:
Post a Comment