Tips Fesyen

Bertudung Juga Boleh Menggayakan Fesyen Terkini Dengan Tampil Secara Bergaya

Tips Doa

Ketika Tidak Ada Satu Pun Jalan Keluar, Doa Mengubah Segalanya

Tips Kesihatan

Tetapi Sewaktu Susah Kita Akan Lebih Menghargai Kesihatan

Tips Perkahwinan

Carilah Calon Suami Atau Isteri Yang Boleh Membahagiakan Kamu..Tak Comel Tak Apee..Boleh Tutup Lampu

Tips Kecantikan

Kecantikan Bukan Hanya Terpancar Dari Wajah Tapi Juga Perlu Kecantikan Hati Untuk Membuatnya

Mualaf Victoria: Dari Keyakinan Pagan Menuju Islam Kaffaah

Ahad, 5 Safar 1438 H / 6 November 2016 12:01 wib

60 views

Assalamu’alaikum. Namaku Victoria. Pertama kali aku belajar Islam yaitu di bulan Februari 2014. Saat itu orang menganggap aku menganut peyakinan Pagan. Tapi entah mengapa, aku merasa ada yang salah dengan semua ini. Aku pun kemudian tertarik untuk mempelajari Islam.

Di agama yang sama sekali baru ini yaitu Islam, aku mulai  belajar tentang cara berpakaian mereka yaitu seputar hijab, niqab dan burqa. Kemudian barulah aku mempelajari tentang hal lainnya seperti keimanan di dalam Islam dan apa saja yang diimani oleh Muslim. Aku ingin mempelajari Islam secara keseluruhan.

Dalam proses mengenal Islam lebih baik, aku bertemu dengan seorang muslimah yang cantik dan baik. Namanya Shaza. Aku mengenalnya lewat situs World Hijab Day. Dialah yang banyak membantu dalam perjalananku untuk memahami Islam.

Aku terus mempelajari Islam hingga di satu titik aku merasa bahwa aku mulai mempercayai adanya Tuhan. Satu rasa yang belum pernah kurasakan sebelumnya. Waktu pun berlalu, saat itu bulan Juni 2014. Aku mulai mengakui bahwa Islam adalah jalan kebenaran.

Bertepatan saat itu, Shaza mengirimiku Al Quran terjemahan bahasa Inggris. Aku pun membacanya. Isinya cukup membuatku terkejut dan merasa bahwa Tuhan sedang mengujiku. Isinya cukup membuatku ‘tertekan’ tapi pada saat yang sama aku tak bisa berhenti membacanya. Bahkan aku merasa mulai mencintai kitab ini.

...Pertanyaanku dulu yang semula ‘Bagaimana mungkin Tuhan itu ada?’ berubah menjadi ‘Bagaimana mungkin Tuhan itu TIDAK ada?’...

Al Quran mengajariku bahwa penyerahan diri secara total adalah cara untuk menerima keberadaan Tuhan. Tuhan dalam hal ini yang bernama Allah begitu Mahabesar sungguh tak bisa dibandingkan dengan apapun jua. Pertanyaanku dulu yang semula ‘Bagaimana mungkin Tuhan itu ada?’ berubah menjadi ‘Bagaimana mungkin Tuhan itu TIDAK ada?’

Di bulan Juli, aku memutuskan untuk memakai hijab sepanjang hari dan mulai berpikir untuk masuk Islam. Keyakinanku dalam hal ini sudah mencapai 90%. Aku pun ikut hadir salat Jumat di masjid dekat tempatku tinggal. Itu adalah pertama kalinya aku berdoa seperi muslim lainnya berdoa. Dan saat itu adalah pertama kalinya juga aku berada di dalam masjid. Setelah hari itu aku semakin yakin 100% bahwa aku akan masuk Islam dan memakai hijab selamanya.

Tak butuh waktu lama, aku pun bersyahadat dan masuk Islam. Aku merasa semua perubahan dan perjalanan mencari iman ini sungguh menakjubkan. Subhanallah!

Islam telah menjadikanku menjadi sosok yang lebih baik. Aku menjadi pribadi yang lebih sederhana, lebih peduli terhadap sesama, dan lebih mudah dalam memberi. Aku tidak peduli apa yang dikatakan orang tentangku. Itu karena aku mencintai Allah, Islam, hijabku, dan jalan kebenaran yang sedang kutempuh ini.

Alhamdulillah orang-orang yang kucintai mendukung keputusanku ini dengan sepenuhnya. Sungguh, tak ada yang bisa diucapkan kecuali rasa syukur yang dalam dan itu semua tertuju hanya untuk Allah saja. Wallahu alam. (riafariana/voa-islam.com)

Sumber: islamconverts

Sebarkan informasi ini, semoga menjadi amal sholeh kita!

7 Perkara Menakjubkan Tentang Khadijah, Isteri Nabi Muhamad SAW

Namanya Khadijah binti Khuwailid. Beliau merupakan isteri Nabi Muhamad SAW. Beliau hidup sekitar 1400 tahun yang lalu tapi sehingga hari ini masih memberi inspirasi dengan caranya menjaga Nabi Muhamad SAW. Beliau juga berjaya menunjukkan apa yang boleh dicapai oleh seorang wnaita yang beriman, bermaruah dan berani.

Tujuh perkara yang anda mungkin tak tahu tentang Khadijah yang mengagumkan:

1. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dihormati

Bapanya dulu seorang ahli perniagaan yang berjaya di kalangan bani Quraisy. Khadijah pun mewarisi banyak kemahiran ayahnya walaupun pada masa itu, kebanyakan wanita hanya duduk di rumah dan lelaki yang keluar mencari rezeki.

Bila ayahnya meninggal, Khadijah mengambil alih lalu mengembangkan perniagaan itu. Beliau jujur, sentiasa tahu apa langkah yang terbaik dan dapat menguruskan perniagaanya dengan baik tanpa merendahkan maruahnya sebagainya seorang wanita

2. Beliau pernah menolak banyak lamaran pernikahan

Dengan reputasi beliau sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya serta akhlaknya yang tinggi, ramai lelaki yang mahu melamarnya menjadi isteri. Neliau pernah berkahwin dua kali sebelum bernikah dengan Nabi Muhamad SAW. Beliau ada anak dari kedua-dua perkahwinan ini dan kedua-dua suaminya meninggal, menjadikannya balu.

Mungkin hasil dari pengalaman ini, beliau jadi agak memilih dan takut untuk kehilangan lagi, sehinggalah beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.

3. Beliau yang melamar Nabi Muhamad SAW untuk mengahwininya

Kadang-kadang cinta akan hadir bila kita tak lagi mencari. Khadijah RA tak perlukan seorang lelaki untuk menjaganya, dan keadaan kewangan Nabi Muhamad SAW pada masa tak begitu kukuh untuk melamar seorang isteri.

Melalui akhlak Nabi Muhamad SAW yang mulia, Khadijah RA jatuh cinta padanya. Khadijah pun melamarnya melalui pakciknya, Abu Talib dan Nabi Muhamad SAW pun setuju.

4. Beliau berumur 15 tahun lebih tua dari Nabi Muhamad SAW

Kisah cinta mereka bukan seperti kisah cinta yang biasa kita lihat sekarang. Beliau berumur 40 tahun ketika beliau mengahwini Nabi Muhamad SAW. Baginda pula berumur 25 tahun.

5. Beliau seorang isteri yang sempurna

Pada zaman itu, berkahwin ramai adalah perkara biasa. Tapi pula dengan pasangan ini, Nabi Muhamad SAW hanya beristerikan Khadijah RA seorang saja hingga Khadijah meninggal 25 tahun kemudian.

Nabi Muhamad SAW menerima wahyunya yang pertama ketika Khadijah masih isteri Baginda. Pertemuan dengan Malaikat Jibril menjadikan Baginda takut, tegang dan keseorangan bila tak ada orang yang percayakannya. Khadijah RA lah yang menenangkan dan memberi semangat pada Baginda di saat-saat paling sukar dalam hidupnya.

Khadijah melahirkan enam orang anak Baginda SAW; dan Baginda SAW tak pernah mencintai seseorang lebih dari Khadijah RA.

6. Beliau merupakan penganut Islam yang pertama

Ibu kepada orang-orang Islam ini adalah orang pertama yang menerima Nabi Muhamad SAW sebagai Rasul yang terakhir beserta dengan ayat-ayat Al-Quran. Beliau menginfakkan harta-harta duanianya dan berdiri teguh di sisi Nabi Muhamad SAW walaupun bila bahaya datang demi mengukuhkan Islam di mata masyarakat sekeliling.

7. Beliau menghabiskan harta bendanya untuk membantu orang miskin

Kaya atau miskin, harta benda kita sebenarnya adalah satu ujian. Khadijah RA memberi pendapatannya kepada golongan miskin dan anak-anak Yatim, ibu tunggal dan orang sakit.

k88-624x421

(3)

Jangan Cari Kesempurnaan, Tapi Carilah Yang Menyempurnakan

Kalau anda selalu mendengar keluhan orang lain tentang pasangan mereka, pasti anda selalu dengar keluhan yang sama; “dia tak suka perkara ini…”, “dia tak suka habiskan masa buat perkara itu…” dan sebagainya.

Walaupun beban itu terasa berat, tapi kalau anda dengar betul-betul, keluhan itu sebenarnya nak beritahu anda bahawa, “dia tak lembut seperti…”, “dia tak layan saya sebaik … melayan isterinya”, “dia tak secantik…”.

Jarang sekali manusia akan nampak apa yang dia sudah ada. Selalunya, kita hanya akan nampak apa yang orang lain ada dan kita pun terus mahu yang sama.

Entah apa yang dikejar sebenarnya. Tapi yang pasti – perbandingan boleh membunuh sebuah hubungan perkahwinan. Kalau anda selalu bandingkan pasangan anda dengan pasangan orang lain, anda takkan rasa bahagia.

Firman Allah SWT;

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (QS Taha 20:131)

Apa yang orang lain ada akan sentiasa nampak lebih menarik. Sebenarnya apa kita sudah ada pun sudah cukup, tapi bila kita mula buat perbandingan, kita sentiasa akan jumpa orang yang ada sesuatu yang lebih baik. Bila ini terjadi, kita akan terus tawar hati dengan apa yang kita sudah miliki. Kita mungkin akan terus lupakan benda lain milik kita yang mungkin lebih baik dari orang lain kerana terlalu fokus apa kelebihan orang lain.

Kita selalu bandingkan kerana kita selalu cari kesempurnaan dalam segala hal. Dalam hal cinta, kita cari pasangan yang sempurna. Keinginan ini jadi semakin kuat bila kita selalu didedahkan pada kisah cinta yang sempurna dalam drama dan novel. Dalam kisah mereka, ada sedikit halangan di mula atau pertengahan cerita, tapi akhirnya mereka bahagia selama-lamanya.

Kita selalu sangat didedahkan dengan kisah-kisah sebegini hingga kita rasakan cerita sebeginilah yang sepatutnya berlaku dalam hidup kita dan kalau kisah kita tak sama macam kisah dalam drama, kita tak boleh terima. Bila jumpa seseorang yang serasi, anda harap dia jadi sama seperti dalam angan-angan anda. Anda buat dia rasa seakan dia perlu jadi orang lain untuk bahagiakan anda.

Mungkin dia pun akan berusaha jadi orang yang anda harapkan tapi selepas beberapa lama berkahwin, anda akan sedar bahawa dia memang tak sempurna. Lalu anda pun berpisah. Dan kisah yang sama pun berulang lagi dan lagi sampai akhirnya anda tak jumpa kebahagiaan yang dicari kerana anda pun bukan manusia yang sempurna buat si dia.

Kebanyakan pasangan suami isteri pada hari ini masih bertahan bukan kerana pasangan mereka sempurna, atau kerana kisah cinta mereka yang terlalu romantis. Rumahtangga yang bahagia perlukan usaha dari kedua belah pihak.

Umar RA berkata, “cinta bukan satu-satunya komponen untuk membina keluarga yang berjaya”.

Kebahagiaan masih boleh ditemui walaupun pasangan anda tak sempurna. Kuncinya adalah bila anda menerima kebaikan dan kekurangannya.

Kalau anda boleh didik diri untuk hargai sekecil-kecil hikmah di sebalik ujian yang besar, anda akan rasa bahagia. Kalau anda tak boleh hargai nikmat yang besar, selamanya anda memang takkan rasa bahagia.

(13)

Video: 3 Srikandi Aktivis Kebangsaan Turut Hadir Aksi Bela Islam 4/11

Kamis, 2 Safar 1438 H / 3 November 2016 10:43 wib

395 views

JAKARTA (voa-islam.com) - Dalam acara konferensi Pers Aksi Bela Islam II dan Gerakan Nasional Pengawal Fatwa MUI (GNPF-MUI), Selasa (1/11/2016) di Hotel Sahid Jakarta terungkap bahwa tiga aktivis perempuan lintas ormas dan latar belakang akan hadir pada Aksi Bela Islam II di Istana Negara, Jum'at, 4 November 2016.

Dalam kesempatan tersebut Fahira Idris, anggota DPD menyatakan, "Kami salag satu dari wanita yang akan di garis depan pada tanggal 4 November, oleh karena itu saya menghimbau seluruh warga DKI Jakarta dan juga yang ada di seluruh Indonesia untuk bergabung bersama kami, hilangkan rasa takut, mari kita sama-sama membela agama kita, mari kita sama-sama membela Al Quran, Allahu akan melindungi, Allahu Akbar." tegasnya seraya mengajak umat untuk bersatu. 

Aktivis kemanusiaan dari Gerakan Selamatkan Indonesia  (GSI) Ratna Sarumpaet tak ingin kita terkecoh masalah intoleransi, "Saya ingin menambah ya, jangan masyarakat terkecoh masalah intoleransi, yang dilakukan Ahok di Kepulauan Seribu adalah tindakan intoleransi, dialah yang melalukan tindakan intoleran. Jadi jangan dibalik, Saya menghimbau kepada seluruh rakyat Indonesia, apapaun agamanya, apapun sukunya, ini perjuangan kita menegakkan kebenaran menjaga keberagaman kita dengan toleransi yang benar dan utuh. Terima Kasih.." tutup Ratna Sarumpaet.

Jangan masyarakat terkecoh masalah intoleransi, yang dilakukan Ahok di Kepulauan Seribu adalah tindakan intoleransi, dialah yang melalukan tindakan intoleran. Jadi jangan dibalik, ujar ratna

Sementara itu putri kandung mantan Presiden Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri menyatakan, "Kawan-kawan dari media, Saya mencoba menjelaskan sedikit ya, bahwa sejak Orde baru itu selalu stigmatisasi terhadap pergerakan apalagi yang disebut progresif revolusioner itu akan dianggap sebagai suatu gerakan ekstrimis, sehingga tidak heran kalo kemarin itu kita mendengar ekstrim kanan, ekstrim kiri, radikalisme, bahkan sekarang jadi terorisme." jelasnya.

Ia menghimbau agar jangan ada stigma lagi oleh penguasa, "Nah jadi tolong stigmatisasi oleh penguasa sekarang pun masih berjalan terhadap para aktivis pergerakan atau pejuang terhadap kebenaran dan keadilan. Jadi ini tidak perlu kita kaget, bahwa itu akan menjadi bahan fitnah bagi para pejuang-pejuang revolusioner," tutupnya. [adivammar/voa-islam.com]

Sebarkan informasi ini, semoga menjadi amal sholeh kita!

Ingin Mencintai Dan Dincintai Itu Fitrah

Cinta boleh memberi banyak makna yang berbeza. Ia boleh jadi pengalaman yang indah, yang menyentuh emosi paling dalam. Bila dua orang sama sama saling memahami, meyakini, berkongsi dan memaafkan. Ia adalah kesetiaan di masa susah dan senang. Ia menerima kekurangan dan memberi ruang pada kesilapan biasa.

Cinta adalah bila anda bahagia dengan apa yang anda sudah ada, dan terus mengharap untuk masa depan bersama tanpa menyesali masa lampau. Ia adalah rentetan kehidupan seharian – rasa jengkel, masalah, tolak ansur, kekecewaan kecil, kemenangan besar, dan sama-sama usaha untuk tujuan yang sama.

Kalau anda pernah jatuh cinta sepanjang hidup anda, perasaan bahagia itu boleh menggantikan pengalaman lain yang anda tak pernah rasakan sepanjang hidup.

Mungkin nampak terlalu idealistik, tapi salahkah bila anda ada kemahuan untuk ada seseorang yang boleh jadi teman sehati sejiwa, kawan, kekasih, pasangan yang boleh berkongsi segala-galanya? Salahkah kalau anda mahu bersama seseorang yang membuat anda rasa teruja dengan kelakuan, personality dan kejujurannya? Salahkah bila anda mahu mencintai dan dicintai?

Tapi bila anda berjaya kumpul keberanian untuk berusaha dapatkan cinta dengan berbincang dengan ibu bapa atau ibu bapa pasangan anda, tiba-tiba anda “ditampar” dengan kebenaran yang pahit yang mengatakan anda terlalu naïf.

Ramai orang yang fikir anda mengarut dan tak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin mereka lupa, tak lama dulu mereka pun pernah berada dalam situasi yang sama.

Walhal ramai orang yang masih belum berkahwin kerana faktor-faktor yang tak ada kaitan dengan agama. Kita terlalu pentingkan adat dan harta benda hingga ramai orang masih tak berkahwin walaupun usia dah lanjut.

Anak muda ataupun ibu bapa selalu letakkan criteria yang terlalu tinggi untuk pasangan hidup. Mesti berpendidikan tinggi, bekerjaya, stabil dari segi kewangan dan rupa paras yang elok. Akhirnya, ramai orang yang tak berkahwin.

Sedangkan sepatutnya sebagai orang Islam, kita meletakkan criteria berdasarkan akhlak yang telah digariskan, bukan pangkat atau kedudukan dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (HR Tirmidzi)

Sepatutnya sebagai seorang Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk bantu saudara Islam kita berkahwin.

Firman Allah SWT;

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. ( QS An-Nuur 24:32)

(0)

Sebenarnya Anda Hanya Perlukan 2 Perkara Ini Untuk Dapat Perkahwinan Yang Bahagia

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS An-Nuur 30:21)

Mesti anda dah banyak kali baca ayat di atas, kan? Tapi berapa ramai yang betul-betul mengaplikasikannya dalam kehidupan? Berapa banyak perkahwinan yang betul-betul dibina atas dasar kasih sayang dan belas kasihan? Di mana pula silapnya bila banyak perkahwinan yang berakhir dengan penceraian?

Secara umum, perempuan perlukan pasangan yang mencintainya dengan sepenuh hati. Lelaki pula perlukan pasangan yang hormat padanya setiap masa. Bila isteri rasa tak disayangi, dia akan menunjukkan perangai yang buat suami rasa seperti tak dihormati. Bila suami rasa tak dihormati, dia pula makin tak endahkan isteri, dan isteri akan rasa semakin tak disayangi.

Ianya seperti satu masalah yang berputar-putar dalam bulatan yang sama dan akan sentiasa berulang hingga akhirnya isteri rasa tak disayangi langsung, dan suami rasa tak dihormati langsung.

Untuk keluar dari “bulatan” ini, salah satu pasangan mesti teguh. Walaupun anda rasa tak disayangi atau dihormati, anda mesti terus berusaha tanpa putus asa demi pertahankan perkahwinan anda. Jangan tunggu suami anda sayang, baru anda akan hormati dia. Atau jangan tunggu isteri anda hormat, baru anda akan tunjukkan rasa sayang padanya.

Cintai dan hormatilah pasangan anda kerana rasa tanggungjawab dan janji untuk sentiasa bersama yang anda dah lafazkan, bukan kerana anda harapkan apa-apa daripadanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah rang yang berakhlak mulia, dan yang terbaik di antara kamu adalah orang yang berkelakukan baik terhadap isterinya” (HR Tirmidzi)

Penting untuk seorang suami melayan isterinya dengan kasih sayang dan kelembutan. Lupakan kekurangannya, kerana mesti ada kebaikannya yang boleh menutupi kekurangan itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah mendirikan solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dikatakan kepadanya “Masuklah Syurga mengikut mana-mana pintu yang kamu mahu”” (HR Tirmidzi)

Isteri pula diminta untuk hormati dan ikut kehendak suami kerana suami telah diberi tanggungjawab yang lebih, iaitu untuk menjaga dan melindungi isterinya.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. (QS An-Nisaa 4:34)

Di zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, seorang lelaki telah datang kepada Umar untuk mengadu tentang isterinya. Bila dia sampai ke rumah Umar Al-Khattab, lelaki itu mendengar isteri Umar menjerit kepada Umar. Bila lelaki itu berpaling untuk balik, Umar pun memanggilnya. Lelaki itu pun beritahu pada Umar yang dia telah datang untuk mengadu tentang isterinya tapi rupanya Umar pun ada masalah yang sama.

Umar pun menjawab yang isterinya telah bertolak ansur dengannya, mambasuh bajunya, membersihkan rumahnya, member ketenangan padanya, dan menjaga anak-anaknya. Kalau isterinya boleh lalukan semua ini untuk Umar, takkan beliau tidak boleh bertolak ansur dengan bebelan isterinya?

Cerita ini sepatutnya dijadikan contoh yang baik untuk kita semua – lelaki dan perempuan. Untuk berjaya dalam perkahwinan, anda mesti sentiasa sabar dan bertolak ansur. InshaAllah pahala menanti bagi orang-orang yang sabar.

(2)

Sedar Tak Sedar, Hal “Remeh” Menjadi Perosak Hubungan Suami Isteri

Selepas nikah, secara utomatik anda akan rasa bertanggungjawab untuk cinta dan lindungi pasangan anda. Mana taknya, kan kebahagiaan si dia sekarang bergantung pada anda?

Oleh sebab ini, anda perlu berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian bersama. Jangan biarkan perkara kecik merosakkan hubungan yang boleh menjadikan anda orang paling bahagia sekali!

Di sini kami senaraikan beberapa perkara yang anda mungkin lakukan secara tak sedar tapi ia merosakkan hubungan dengan suami/isteri anda dan perlahan-lahan “membunuh” perkahwinan anda.

1. Berbelanja lebih dari kemampuan anda

Dalam soal kewangan, tanggungjawab seorang suami adalah menyediakan manakala tanggungjawab seorang isteri pula adalah menjaga. Jadi sebagai isteri, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah hidup ikut kemampuan suami anda.

Tunjukkan bahawa anda hargai segala usaha dan penat lelahnya dengan mengikuti bajet yang tertentu dan gunakan semua yang anda sudah ada sebaiknya. Rancang kewangan dengan bijak.

2. Sentiasa berfikiran negatif

Anda tak suka bentuk telinga anda, kecah di ruang tamu, jiran di depan rumah, rakan sekerja, bunyi mesin basuh anda dan sebagainya. Semuanya serba tak kena.

Sebaik saja jumpa si dia, anda ceritakan semua yang anda tak suka. Mungkin bagi anda, anda cuma meluahkan perasaan tapi bila ianya berlaku setiap masa, sikap ini boleh membawa mood yang negative kepada pasangan anda juga.

Memang sekali sekala aka nada benda yang buat anda rasa tak puas hati, tak apa. Tapi jangan jadikannya tabiat.

3. Mendahulukan orang lain

Bila anda sentiasa letakkan pendapat atau kemahuan ibu, kawan-kawan, minat sendiri atau majikan sebagai priority, si dia akan rasa tak penting dalam hidup anda. Kalau ia selalu berlaku dan berpanjangan, mesti semangat dia untuk bersama anda pun jatuh, kan?

4. Tolak hubungan intim

Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk menundukkan nafsu dan menghalalkan hubungan kelamin. Bila anda sentiasa tolak kemahuan suami/isteri anda, si dia pasti terasa.

Bersyukur bila suami anda mahu kongsi saat intim dan penting dengan anda. Kalau anda tiada mood, beritahu padanya dan pujuk si dia dengan baik.

5. Anggap dia sentiasa faham anda

Sebagai contoh, bila isteri nakkan sesuatu, dia suka berikan “hint”. Tapi lelaki susah nak faham.

Apa pun yang anda rasakan, terus terang. Kalau anda terasa hati, beritahu secara jujur dan jangan simpan. Lebih penting, jangan harap dia boleh baca fikiran dan emosi anda. Komunikasi mestila dua hala.

(2)