Nabi Muhamad SAW dulu membimbing keluarganya dan menyuruh mereka dengan semua kebaikan, mengajak mereka dengan kebaikan, dan memberi motivasi kepada mereka dengan kebaikan. Inilah kewajipan seorang suami yang sebenarnya.
Tapi sayangnya, ramai di antara kita hari ini yang gagal dalam menjalankan tanggungjawab terhadap rumahtangga kita. Ramai yang kurang ambil berat tentang anak-anak sendiri dan lebih pentingkan orang sekeliling yang lain contohnya kawan-kawan dan rakan sekerja.
Ini tak sepatutnya berlaku. Ya, memang kita ada banyak tanggungjawab lain yang mungkin mengambil masa anda tapi sedarlah bahawa keluarga anda sepatutnya menjadi keutamaan anda.
Jalankan tanggungjawab pada keluarga dulu sebelum jalankan tanggungjawab sebagai jiran, kawan-kawan atau pekerja. Sebagai ketua keluarga, anda perlu ambil berat tentang pasangan dan anak-anak.
Di akhirat kelak, kita akan ditanya tentang tanggungjawab kepada suami atau isteri kita. Kita akan ditanya tentang tanggungjawab kepada anak-anak kita. Mampukah kita untuk menjawab semuanya nanti?
Mungkin kita kerja untuk bagi mereka makan dan pakai dengan mewah tapi semasa kita keluar bekerja dan bergembira dengan kawan-kawan, siapa yang mencorakkan minda mereka? Siapa yang mendidik, member ilmu pada mereka? Contoh siapa yang akan mereka ikuti? Sifat apa yang kita pupuk dalam diri mereka?
Inilah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ibu dan bapa. Ingat, satu hari nanti anak-anak anda akan membesar dan mencorakkan dunia. Selepas anda mati, mereka juga yang akan mendoakan anda. Perbuatan mereka boleh menentukan destinasi hidup anda – Syurga atau Neraka. Jadi didik mereka dengan sebaiknya.
Firman Allah SWT;
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)” (At-Tahriim 66:6)
Seorang lelaki mestilah tahu cara untuk mempengaruhi keluarga dengan sifat-sifat yang baik. Dia perlu sentiasa berusaha untuk membina dan melatih keluarganya. Kalau bukan anda, siapa?
Sabda Rasulullah SAW;
“Setiap daripada kamu bertanggungjawab ke atas sesuatu dan setiap daripada kamu akan ditanya tentang tanggungjawabnya” (HR Bukhari & Muslim)
(3)
0 comments:
Post a Comment