1. Hubungan yang hebat tak terjadi sendiri, ianya perlu diusahakan.
2. Kalau anda berikan semua tenaga anda ke tempat kerja, perkahwinan anda akan terjejas.
3. Salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada pasangan anda adalah kegembiraan anda sendiri.
4. Akan ada masa bila anda rasa cinta dan benci pada masa yang sama terhadap pasangan anda
5. Bila anda mengadu tentang pasangan anda pada kawan-kawan anda, pandangan mereka tak semestinya menyeluruh
6. Anda hanya perlu ikut peraturan-peraturan yang anda sama-sama setujui.
7. Konflik tak memusnahkan perkahwinan. Rasa marah dan benci yang terpendam lama sebenarnya lebih merbahaya.
8. Ia bukan tentang apa yang anda anda. Ianya tentang apa yang anda buat dengan apa yang anda ada.
9. Kalau anda fikir anda terlalu baik berbanding pasangan anda, fikir semula.
10. Membesar dalam keluarga yang bahagia tak menjamin keluarga yang anda bina sendiri akan turut bahagia. Begitu juga sebaliknya.
11. Belum terlambat lagi untuk baiki kepercayaan yang dah rosak.
12. Isu yang sebenarnya membuatkan anda marah jarang sekali dibincangkan
13. Cinta bukan semata-mata rasa dalam hati kita. Ianya ditunjukkan melalui perbuatan kita.
14. Anda akan lebih mudah kecewa dan marah bila anda letakkan harapan yang terlalu tinggi
15. Pertelingkahan antara suami isteri memang tidak boleh dielakkan, tapi pertelingkahan yang merosakkan hubungan anda boleh dielakkan.
16. Salah satu hadiahterbaik yang anda boleh berikan kepada pasangan anda adalah perhatian yang tidak berbelah bagi.
17. Orang yang bahagia dengan perkahwinan mereka pun kadang-kadang terfikir bahawa mereka telah berkahwin dengan orang yang salah.
18. Pasangan anda tak boleh selamatkan anda dari kemurungan, tapi dia boleh bantu anda selamatkan diri sendiri.
19. Harga satu pembohongan adalah jauh lebih besar dari keuntungan yang anda dapat bila berbohong.
20. Pendapat anda tak semestinya betul
21. Kepercayaan memerlukan masa bertahun-tahun untuk dibina, tapi cuma beberapa saat untuk dihancurkan.
22. Membuat si dia rasa bersalah takkan memberi anda apa yang anda mahukan
23. Jangan abaikan orang-orang lain di sekeliling anda
24. Kalau anda terfikir, “Awak bukan orang yang saya kahwini,” anda mungkin betul
25. Bila anda dapat buktikan yang anda betul, anda hanya akan sakiti hati pasangan anda bila anda beritahu dia yang anda memang betul dari awal lagi.
26. Saling menyokong antara satu sama lain adalah asas sebuah perkahwinan yang kukuh.
27. Jika dia selalu bersikap pertahankan diri, mungkin anda yang menyebabkan dia bersikap sebegitu.
28. Perkahwinan tak memerlukan usaha 50/50, ia sebenarnya 100/100.
29. Bila anda terbuat silap, anda boleh mengaku sekarang atau mengaku nanti tapi semakin lama anda cuba tutup kesilapan anda, semakin besar hukuman yang anda perlu bayar nanti.
30. Perkahwinan memerlukan pengorbanan, tapi manfaat yang anda terima nanti jauh lebih besar dari harga pengorbanan anda.
31. Anda akan perlu maafkan pasangan anda berkali-kali, setiap masa.
32. Bila anda sahut cabaran sebuah perkahwinan, ia akan mengubah anda menjadi manusia yang lebih baik.
33. Perkahwinan yang bahagia memerlukan usaha yang berterusan, bukan setakat hari pernikahan sahaja.
34. Bila anda bandingkan pasangan anda dengan bekas kekasih anda, anda hanya akan menyakiti diri sendiri.
35. Jangan simpan rasa terima kasih dalam hati sendiri.
36. Tak ada yang lebih menenangkan hati dari seorang pendengar yang setia.
37. Salah satu soalan paling baik anda boleh tanya pasangan anda adalah, “Bagaimana saya boleh bahagiakan awak?”
38. Perkahwinan boleh kekal bahagia sepanjang masa.
39. Periksa dulu sebelum anda buat andaian sesuka hati.
40. Niat tak menghalalkan cara, tapi niat tetap penting.
41. Hubungan kelamin yang baik juga penting untuk jaga hubungan suami/isteri.
42. Tak apa kalau anda perlukan masa sendiri sekali sekala, tapi jangan sesekali simpan rahsia.
43. Sikap suka mengawal dan kuat cemburu bukan tanda sayang, tapi pengecut.
44. Hubungan yang baik dengan pasangan bakal membawa anda ke Syurga, jadi buat dengan seikhlas hati.
45. Kalau sesuatu itu penting pada pasangan anda, ia juga penting pada anda.
46. Tak kira berapa lama anda dah berkahwin, jangan berhenti tunjukkan kasih sayang padanya.
47. Keseronokan dari hubungan yang baru takkan bertahan lama.
48. Jangan seksa batin pasangan anda dengan tak bercakap dengannya.
49. Lebih baik fokus kepada perkara yang anda boleh buat untuk baiki situasi dari fokus kepada perkara yang pasangan anda pernah buat silap.
50. Kalau anda rasa proses perkahwinan itu susah, sebenarnya penceraian jauh lebih susah.
(21)
0 comments:
Post a Comment