Tuhan,
Jaga dia untukku.
Ku tidak lagi berharap dia akan segera hadir,
Ku juga tidak meminta dia tak langsung hampir.
Tuhan,
Jaga dia untukku.
Tolong jagakan imannya kerana kutahu dia juga manusia.
Tolong jagakan matanya kerana kutahu dia juga mudah tergoda.
Ingatkan dia, utamakan orangtua kerana disitu ada syurga.
Ingatkan dia, utamakan KAMU kerana disitu letaknya redha.
Tuhan,
Jaga dia untukku.
Ku tidak ingin mengetahui siapa dia dan ada dimana.
Apa perlunya tahu saat belum tiba masanya.
Khuatir diriku yang mengingkari larangan-MU.
Jika aku terlebih dahulu tahu siapa jodohku.
Tuhan,
Jaga dia untukku.
Ingatkan dia, perkahwinan itu umpama ombak yang bergelora.
Apa dia ingin mengharunginya cuma dengan sampan ataukah bahtera.
Ingatkan dia, perlunya dia membuat persiapan awal sebelum tiba saatnya.
Tentu juga tidak mahu keturunannya tidak bergizi jasmani dan rohaninya.
Tuhan,
Jaga dia untukku.
Tanamkan dalam dirinya,
Perbanyakkan fikir soal mati lebih dari soal hati dalam prinsipnya.
Nombor satukan KAMU lebih dari segalanya.
Melihat kebangkitan ummah impiannya.
Syahid di jalan-MU adalah cita-citanya..
Tuhan,
Aku tinggalkan dia dalam jagaan-MU.
Sumber: Sumayyah Abdullah
Anda ada karya untuk dikongsi? Emailkan ke naquiah@karangkraf.com
(46849)
0 comments:
Post a Comment