Tips Fesyen

Bertudung Juga Boleh Menggayakan Fesyen Terkini Dengan Tampil Secara Bergaya

Tips Doa

Ketika Tidak Ada Satu Pun Jalan Keluar, Doa Mengubah Segalanya

Tips Kesihatan

Tetapi Sewaktu Susah Kita Akan Lebih Menghargai Kesihatan

Tips Perkahwinan

Carilah Calon Suami Atau Isteri Yang Boleh Membahagiakan Kamu..Tak Comel Tak Apee..Boleh Tutup Lampu

Tips Kecantikan

Kecantikan Bukan Hanya Terpancar Dari Wajah Tapi Juga Perlu Kecantikan Hati Untuk Membuatnya

Praktik 6 Perkara Ini Jika Anda Belum Kahwin Ketika Umur Dah Menjejak 30an

Semua wanita akan risau jika masih belum bertemu jodoh sedangkan usia mencecah 30 tahun. Meskipun mulut berkata tidak kisah namun gejolak di hati tiada siapa yang tahu.

Anda yang masih bujang pada usia ini selalunya akan dihimpit pelbagai tanggapan antara memilih, taste tinggi, gaji besar hingga lelaki takut mendekati selain soalan bila nak kahwin yang cukup merimaskan. Perkara-perkara sebeginilah yang membuat anda rasa tertekan. Jadi bagaimana anda berdepan dugaan begini? Ha, ini yang perlu anda praktikkan.

1. Tunjukkan anda kuat
Mulai hari ini tegakkan kepala anda. Tunjukkan anda kuat biarpun sebenarnya berasa sangat kesepian dan putus asa kerana belum bertemu pasangan yang tepat. Jangan biarkan rasa ‘tak laku’ menguasai hidup sehingga sanggup menerima pinangan dari sembarang lelaki yang mendekati anda.

2. Jangan banyak berkhayal
Sebabnya khayalan ini hanya akan membuatkan anda terperuk. Anda tidak boleh mengharapkan khayalan menjadi kenyataan sementara waktu terus berjalan dan usia anda makin bertambah. Anda boleh terus harap di samping berusaha. Yakinkan diri bahawa anda akan menemukan jodoh. Tuhan memang menentukan jodoh anda, tetapi bukan bererti anda hanya menunggu nasib saja.

3. Jangan pilih pasangan untuk senangkan orang lain

Jangan terlalu berhasrat untuk berkahwin dan kemudian memilih pasangan hanya untuk menyenangkan hati orang yang lain. Biarpun rakan rakan atau saudara mara anda terus mengusik dan cuba menjodohkan anda dengan seseorang lelaki jangan terus menerima jika anda tidak menyintainya. Tapi jangan juga terus menolak, mana tahu itu mungkin calon suami yang sesuai. Tak salah jika anda cuba untuk meneruskan perkenalan. Fikirkan dengan rasional.

4. Berhenti fokus pada lelaki
Cara terbaik untuk bertemu dengan pasangan yang tepat adalah dengan berhenti menfokuskan perhatian pada lelaki. Beri perhatian pada diri sendiri. Jangan mengubah karakter hanya kerana anda merasa keperibadian andalah yang membuat jodoh semakin menjauh.

Kalaupun ingin berubah, ubahlah sikap-sikap yang cenderung membuat orang lain tidak menyukai anda. Perubahan ini membuat anda lebih selesa dan yakin pada diri. Sikap inilah sebenarnya akan membuat lelaki mengalih pandangan dan memberi perhatian.

5. Jangan terperuk di rumah
Jangan hanya tinggal di rumah, menonton televisyen atau memerap di dalam bilik seharian sambil membandingkan hidup anda dengan teman yang telah berumah tangga. Ini akan membuat anda semakin tertekan dan merugikan diri. Cuba lakukan perkara-perkara baru yang tak pernah anda lakukan. Sewaktu melakukannya, percayalah ada sesuatu yang baru dalam diri anda akan muncul. Ia adalah terapi terbaik untuk meminimumkan depresi.

6. Jangan rasa gagal

Jangan rasa diri gagal kerana belum berumahtangga sedangkan usia sudah 30 tahun. Anggaplah bahwa hidup yang menarik baru saja anda mulakan. Ulang kembali harapan-harapan anda, ketepikan pemikiran bahawa anda sudah terlambat. Lakukan perkara-perkara positif yang menyenangkan anda, buka mata anda luas-luas terhadap persekitaran anda.

Cuba anda renungkan kembali sikap anda, jangan-jangan selama ini anda memang seseorang yang tertutup atau tidak membuka diri pada persekitaran. Jika anda bersikap begini bagaimana jodoh akan mendekati.

(1)

Tinggalkan Cinta Yang Sia-sia. Yakinlah Allah SWT Tetap Ada!

Mungkin ada yang berfikir, sebenarnya bercinta semasa belajar boleh berjaya juga. Ada juga kita terdengar kisah kawan kepada kawan atau saudara sepupu kepada jiran kita yang bercinta sejak berumur 15 atau 16 tahun dah kini akhirnya berkahwin juga.

Hakikatnya, berapa ramai orang yang betul-betul dapat pertahankan hubungan cinta yang berputik di zaman belajar? Selalunya, selepas tamat pelajaran, ramai yang baru nak kenal dunia luar lalu hubungan yang sedia ada terputus begitu saja. Kan merugikan masa?

Oleh itu, kalau anda dah terjebak dalam hubungan cinta, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil agar hati tak terus jauh daripada Allah SWT.

1. Terus terang dengan pasangan anda. Katakan padanya bahawa masa untuk berumah tangga masih jauh lagi. Nasihatkan dia supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah dan sama-sama cuba jauhi maksiat sebelum kahwin.

2. Sibukkan diri dengan aktiviti yang dapat mengurangkan ingatan antara satu sama lain. Kerahkan tenaga dan fikiran ke arah perkara yang diredhai Allah SWT. Jika fikiran sudah tertumpu kepada Allah, sikit-sikit perasaan cinta itu akan dapat disingkirkan dari hati.

3. Jika anda masih teringatkan si dia lebih dari anda ingatkan Allah SWT, cuba bernekad untuk “buang” terus si dia dari hati anda. Tingkatkan rasa cinta anda kepada Allah SWT dengan membuka mata anda kepada semua rahmatNya. Hargai setiap yang anda di sekeliling anda. Bila anda dah nampak segala bukti cinta Allah SWT kepada anda, rasa cinta yang tak perlu sesama manusia akan hilang.

4. Elakkan untuk janji sehidup semati. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan jadi kenapa nak menduga takdir? Kita tak tahu pun siapa jodoh kita yang sebenarnya. Tambahan pula sikap suka berjanji ini hanya akan mendorong ke jalan maksiat.

5. Kalau usaha anda untuk melupakannya gagal, banyakkan ibadat dan doa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Minta Allah menukar cinta kepada manusia itu menjadi cinta yang sejati hanya untuk Dia. Mohon Allah kurangkan rasa rindu pada manusia. Allah SWT lah yang menjadikan kita, menjadikan hati kita dan memiliki hati kita, jadi dia mampu sembuhkan hati kita.

6. Kurangkan perhubungan dengan si dia dan elakkan bertembung dengannya. Kalau boleh, jangan berhubung melalui telefon, whatsapp atau FB pun. Untuk kebaikan hati kita juga, kan?

7. Kalau anda dah cuba semua tapi si dia maish tak faham dan mahu berkasih-kasihan seperti biasa, lupakanlah si dia. Jangan tergoda dengan fizikal atau janji manisnya kepada anda. Sebelum kahwin, semua yang buruk pun Syaitan akan buat seakan nampak indah di mata anda. Jangan takut kehilangan atau takut nak kecewakannya sebab nanti bila sampai masanya, Allah SWT akan gantikan dengan yang lebih baik.

Tegas dengan diri sendiri dan si dia juga. Ini jauh lebih selamat dari membiarkan diri terus hanyut dalam cinta yang tak tahu hujung pangkalnya.

(1)

5 Dasar Penting dalam Menanamkan Akidah pada Anak

Kamis, 24 Safar 1438 H / 24 November 2016 23:29 wib

137 views

Akidah adalah dasar dalam membentuk kepribadian seorang anak. Akidah yang baik akan memunculkan kepribadian dan akhlak yang baik pada diri sang anak, begitu sebaliknya. Bila akidahnya buruk, maka jangan berharap anak memunyai akhlak dan kepribadian yang baik.

Orangtua sangat berperan penting dalam pembentukan akidah anak-anaknya. Mengutip dari buku Prophetic Parenting karya Dr. Muhammad Nur Abdul Hafidz Suwaid, ada 5 dasar penting yang harus diperhatikan oleh setiap orang tua agar kokoh dasar akidah bagi si anak.

Kelima dasar penting itu adalah:

  1. Mentalqin anak untuk mengucapkan kalimat Tauhid. Sedari awal inderanya berfungsi, seyogyanya yang didengar anak adalah kalimat tauhid. Setelah mendengar, ucapan pertama kali yang sebaiknya keluar dari lisan anak adalah juga kalimat tauhid. Biarkan anak terbiasa dengannya. Semakin bertambah usia, ia akan semakin memahami kata-kata yang akhirnya menjadi kebaikan baginya tersebut.
  2. Menanamkan cinta kepada Allah SWT. Cinta ini harus awal mula dikenalkan pada anak. Cinta, sayang, rindu dan ketergantungan yang sungguh menjadi dasar agar anak tahu kepada siapa cinta pertama itu harus dilabuhkan.
  3. Menanamkan cinta kepada Nabi SAW, keluarga beliau dan sahabat beliau. Ini adalah cinta yang menyertai kecintaan pada Tuhannya. Mencintai Nabi berarti meneladani seluruh perilakunya terutama pada hal yang utama. Keluarga dan sahabat Nabi juga harus mendapat cinta yang sama. Tanamkan pada anak untuk tak rela bila sampai ada pihak yang menjelekkan keluarga atau pun sahabat Nabi. Dasar ini akan membekali anak agar tidak terpengaruh paham yang membenci sahabat Nabi.
  4. Mengajarkan Al Quran kepada anak. Selain menghapalnya, Al Quran adalah juga untuk diamalkan. Jadikan anak dekat dan butuh pada Al Quran. Hiasai akhlak dan perangainya dengan ajaran Al Quran.
  5. Pendidikan untuk tetap teguh dan rela berkorban demi akidah. Poin ini membutuhkan contoh dari kedua orang tua secara langsung. Dari hal sederhana, misal TV dimatikan saat adzan berkumandang yang kemudian dilanjut dengan salat berjamaah di masjid. Meskipun anak menangis tak rela TV dimatikan, tunjukkan keteguhan orang tua dalam mendidiknya. Begitu juga dengan semangat rela berkorban demi akidah. Ini adalah sikap yang harus ditanamkan sejak dini.

Semoga kelima poin di atas bisa menjadi panduan bagi para orang tua dalam menanamkan akidah pada anak. Jangan lupa satu hal yang penting, panduan di atas tak akan ada gunanya bila orang tua tidak mencontohkannya dalam perilaku sehari-hari. Wallahu alam. (riafariana/voa-islam.com)

Ilustrasi: Google

Sebarkan informasi ini, semoga menjadi amal sholeh kita!

Tips Taaruf Untuk Pasangan Yang Nak Berkahwin

Memang mendebarkan saat-saat bertemu dengan seseorang yang mungkin menjadi pasangan hidup anda anda. Suasana jadi sunyi, nak berbicara tapi janggal. Mata hanya mampu merenung lantai, rasa malu dengan ibu bapa, ditanya soalan yang susah, dan bertanya soalan yang sama susah – bagaimana orang lain boleh laluinya?

Jadi, kami sediakan tips untuk bantu anda semasa berjumpa dengan bakal pasangan buat kali pertama dengan penuh keyakinan!

1. Buat Ulangkaji

Sebelum anda berjumpa dengan seseorang yang berpotensi menjadi pasangan hidup anda, lakukan sedikit ulangkaji tentang latar belakang dirinya. Tanya pada keluarga dan rakan-rakannya. Ia juga amat penting untuk tahu personaliti dan latar belakang dirinya sama ada dengan bertanya pada jiran-jirannya, rakan sekerja, komuniti masjid atau teman-teman rapatnya. Ini akan membantu anda buat keputusan sama ada ingin berjumpa dengan si dia atau tidak sebelum memulakan langkah yang lain.

Anda perlu tahu apa hobinya, di mana dia bekerja, jenis personalitinya, latar belakang keluarganya dan sebagainya. Kemudian, berdasarkan apa yang anda sudah tahu, senaraikan soalan-soalan yang anda boleh tanyakan pada si dia.

2. Minta Privasi Untuk Berbicara

Kadangkala bila anda anda dan si dia berjumpa buat kali pertama, ibu bapa masing-masing ingin turut serta. Mereka pun mahu tahu tentang bakal pasangan anak mereka bukan? Tapi untuk anda, berjumpa dengan si dia sudah cukup janggal, apatah lagi bila ditambah dengan kehadiran keluarga.

Minta kebenaran dari mereka untuk anda bercakap dengan si dia secara berasingan. Untuk pastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang dan tak ada tipu helah, kami syorkan anda ditemani dengan seorang sahaja yang ada percaya sepenuhnya. Bincang dahulu dengan orang tersebut tentang soalan-soalan yang ingin anda tanyakan dan pastikan objektif anda tercapai sebut mengakhiri pertemuan.

3. Tanya Tentang Diri Pasangan

Bila anda berjumpa dengan seseorang buat kali pertama, sebaiknya janganlah hanya bercakap tentang diri sendiri saja. Jika anda memulakan perbualan mengenai diri sendiri, anda akan nampak seperti mementingkan diri sendiri. Tanyalah soalan mengenai diri bakal suami dan secara semulajadi, dia juga akan banyak tertanya tentang diri anda.

Antara soalan-soalan menarik yang boleh ditanya bagi memulakan bicara termasuk meminta dia menggambarkan dirinya dengan tiga perkataan, bertanya tentang hobinya, kegemarannya dan apa yang suka dilakukannya ketika bersantai. Dan jangan lupa soalan paling penting sekali – solat cukup lima waktu?

4. Tanya Tentang Harapan Mereka Dalam Perkahwinan

Mungkin topic ini agak sukar, tapi ianya perlu dibincangkan bagi membantu anda membuat penilaian sama ada si dia serasi atau tidak dengan anda. Apakah makna perkahwinan padanya? Pada dia, apa peranan suami dalam perkahwinan? Apa pula peranan isteri? Bagaimana dia merancang untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarganya? Bila dan dimana agama diamalkan dalam keluarganya sekarang, dan bagaimana dia rancang untuk amalkan agama dalam keluarga yang bakal dibina nanti?

5. Bercakap Dengan Keluarganya

Kebanyakan orang hanya mementingkan orang yang akan mereka kahwini, dan meletakkan keluarga di tempat kedua. Tapi dalam masyarakat kita, bila anda berkahwin dengan seseorang individu, anda juga berkahwin dengan keluarganya.

Berbual dengan keluarganya. Cuba ambil tahu bagaimana kehidupan seharian keluarganya serta apa harapan mereka; ini akan membantu anda untuk di mana tempat anda dalam keluarganya nanti.

Anda juga perlu bersedia jika ditanya soalan-soalan yang sama. Beri jawapan dengan penuh hormat. Sentiasa jujur dan berhati-hati untuk tak menyinggung perasaan sesiapa. Ingatlah bahawa setiap Muslim yang sejati mempunyai akhlak yang baik.

Walaupun mungkin nanti anda akan rasakan yang si dia mungkin bukan calon yang terbaik untuk anda, sekurang-kurangnya ia pengalaman yang hubungan keluarga anda dan keluarganya masih boleh berjalan dengan baik. Kalau anda rasakan si dia sesuai untuk anda, bincanglah bersama untuk mengaturkan pertemuan seterusnya. Jangan lupa solat istikharah!

(20791)

Tips Persiapan Majlis Perkahwinan Ikut Bajet

Setelah lama menanti, akhirnya dah tiba masa untuk anda rancang majlis sendiri. Tak sabar rasanya nak berkumpul dengan saudara-mara, kawan-kawan… Pasti meriah!

Pasti kenduri ini nanti memerlukan belanja yang lebih besar dari majlis biasa. Dalam hal ini ada mesti bijak berbelanja. Nah kami sediakan beberapa tips untuk anda rancang majlis perkahwinan ikut bajet tersendiri. Semoga bermanfaat!

1. Kenalpasti kemampuan

Ukur baju di badan sendiri. Pastikan anda tahu berapa banyak wang yang anda ada, dan berapa banyak anda sanggup belanjakan untuk persiapan majlis perkahwinan.

Elakkan berhutang untuk memenuhi majlis perkahwinan impian. Simpan sedikit baki wang yang ada untuk persiapan memulakan kehidupan selepas berkahwin nanti.

Perbelanjaan selepas berkahwin biasanya akan meningkat berbanding semasa bujang; anda mungkin perlu berpindah rumah, membayar sewa yang lebih mahal, perjalanan yang lebih jauh ke tempat kerja dan lain-lain.

2. Kenalpasti majlis perkahwinan idaman
Berbincanglah dengan pasangan dan keluarga berkenaan bentuk perkahwinan yang diidamkan. Nyatakan jumlah bajet yang anda sanggup keluarkan.

Berbincanglah dari segi tema majlis perkahwinan, jumlah hantaran, bilangan hantaran, jumlah tetamu, makanan dan persiapan-persiapan lain.

Dapatkan pendapat dari keluarga dan rakan-rakan berkenaan pilihan persiapan majlis perkahwinan anda.

3. Senarai dan kajian kos
Senaraikan semua perkara dan barang keperluan yang perlu disiapkan untuk majlis perkahwinan kelak. Kaji dan kira jumlah kos setiap yang disenaraikan.

Ambil kira juga kos-kos tersembunyi dan perbelanjaan-perbelanjaan kecil diluar jangka seperti pengangkutan, tol dan sebagainya.

Pastikan jumlah kos yang dikira tidak tersasar jauh daripada jumlah bajet yang akan diperuntukkan.

4. Tentukan siapa yang bayar
Jika majlis perkahwinan diadakan serentak untuk kedua-dua pengantin lelaki dan wanita, semestinya banyak perbelanjaan dapat dijimatkan.

Perkara ini biasanya dilakukan oleh pasangan pengantin yang tinggal berdekatan. Oleh itu, jika anda merancang melakukan sebegini, berbincanglah dengan pasangan tentang siapa yang bayar untuk itu dan ini.

Jika ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang ingin menyumbang wang atau penaja, catatkan nama dan jumlah tajaan mereka dalam senarai bajet yang anda telah buat.

5. Pengurusan kewangan
Setiap bakal pengantin harus mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang baik, yang mana melibatkan pengurusan pendapatan, hutang dan perbelanjaan.

Setiap orang harus mempunyai bajet bulanan, dan cuba berbelanja tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Setiap perbelanjaan harian perlu dicatatkan untuk mengetahui aliran keluar wang anda.

Di samping itu, minimum 10% daripada jumlah pendapatan yang diperoleh haruslah disimpan bukan sahaja sebagai persiapan majlis perkahwinan, bahkan untuk masa depan.

Sedaya-upaya mungkin, cubalah mencari peluang menambahkan pendapatan dengan melakukan kerja-kerja sampingan ataupun berniaga kecil-kecilan.

Dengan menguruskan kewangan dengan baik, anda boleh berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan ini akan menambahkan jumlah tabungan untuk persiapan majlis perkahwinan kelak.

6. Kaji dan bandingkan harga
Untuk setiap perkara persiapan majlis perkahwinan, cuba buat kajian pasaran ke atas pilihan-pilihan yang ada.

Cari dua atau tiga pembekal untuk setiap yang perkara yang diingini, bandingkan harga, kaji tawaran yang diberi dan buatlah pilihan yang bijak.

Dengan ini, anda dapat memilih persiapan majlis perkahwinan yang hebat pada harga yang terbaik.

7. Kejar ‘Jualan Murah’
Di Malaysia, kita sebenarnya beruntung kerana terdapat banyak perayaan yang disambut. Dan kebiasaannya, semasa musim perayaan, banyak tawaran jualan murah yang diadakan.

Begitu juga semasa awal dan akhir tahun, banyak penjual akan mengadakan jualan murah untuk menarik pembeli.

Oleh itu, amatlah rugi jika anda tidak mengambil kesempatan jualan murah yang ada untuk mendapatkan barang-barang persiapan majlis perkahwinan anda.

Di samping semasa jualan murah, anda juga boleh mengambil kesempatan mendapatkan harga murah di festival pengantin yang banyak diadakan di seluruh negara.

8. Rekod perbelanjaan
Untuk setiap perbelanjaan yang dilakukan untuk persiapan majlis perkahwinan anda, sebaik-baiknya catat dan simpan semua resit sehinggalah tamat majlis perkahwinan nanti.

Perbelanjaan yang direkodkan akan membantu anda mengawal bajet dari semasa ke semasa; anda boleh melakukan penjimatan ataupun menambah peruntukan jika perbelanjaan hampir melebihi bajet awal yang ditetapkan.

Resit-resit yang disimpan pula akan membantu anda untuk menuntut gantirugi jika ada mana-mana pembekal yang tidak menunaikan janji dengan sepenuhnya.

(88183)

Kejadian Traumatis yang Bikin Miris

Selasa, 21 Safar 1438 H / 22 November 2016 00:47 wib

208 views

Di satu tempat parkir yang dikelola oleh swadaya masyarakat setempat, saya melihat seorang anak perempuan usia 8 tahunan sedang berlari. Di belakangnya ada orang setengah tua dan gendut mengejarnya dengan serius. Maksudnya di sini serius berusaha mengejar untuk menangkapnya. Karena penasaran saya yang seharusnya mengambil motor, berusaha melihat adegan tersebut dengan jelas.

Si bapak berhasil menangkap anak perempuan tersebut disertai teriakan senang. Lalu ada seorang ibu yang ikut menyoraki menyuruh si bapak untuk menangkap si anak, saat peristiwa kejar-kejaran tadi masih terjadi. Penjaga parkir lain yang terlihat ikut menyoraki tapi ada juga yang ikut menonton. Kejadian berikutnya ini yang membuat hati terasa miris.

Si anak tertangkap. Si anak jelas meronta dan berteriak memanggil ayahnya. Bukannya dilepas, pegangan dan cengkeraman si bapak setengah tua semakin erat dengan membawa tali di tangannya. Bukan itu saja, ada laki-laki lain yang juga sepantan si bapak setengah tua tadi berusaha membantu memegangi si anak perempuan tersebut. Tangis dan teriakannya semakin kencang karena kedua tangannya dipegangi dengan erat oleh dua laki-laki dewasa.

...Terlepas dari kesalahan apapun yang dibuat oleh si anak, ia tak pantas diperlakukan demikian. Apalagi ketika ia memanggil sang ayah yang tak kunjung datang untuk melindunginya, miris...

Satu tontonan yang sangat tak patut terjadi di tempat umum yang semua orang bisa melihat. Saya tak tahu yang mana ibunya dan yang mana juga ayahnya. Tak ada yang memberi pertolongan pada anak tersebut. Entah bagaimana, ia akhirnya dilepas. Ia berjalan menjauh sambil meraung-raung mencari ayahnya.

Terlepas dari kesalahan apapun yang dibuat oleh si anak, ia tak pantas diperlakukan demikian. Apalagi ketika ia memanggil sang ayah yang tak kunjung datang untuk melindunginya, miris. Saya yakin, kejadian tersebut akan membekas pada ingatan si anak bahkan hingga ia dewasa kelak. Bekas ini akan memberi dampak negatif pada kepribadiannya. Ada beberapa kemungkinan yang terjadi:

  1. Dia dendam terhadap orang tuanya terutama ayah yang ia panggil sepenuh jiwa untuk melindunginya tapi sia-sia
  2. Ia menjadi takut untuk melakukan apapun karena teringat dikejar, ditangkap dan dipermalukan di depan umum
  3. Ia menjadi agresif terhadap orang lain sebagai pelampiasan apa yang pernah dialaminya atau sebaliknya, ia akan menjadi sosok pemalu tanpa alasan

Dan mungkin masih banyak kemungkinan lain yang akan menjadi bentuk negatif dari pengalaman siang itu. Saya saja yang sudah segede ini, melihat kejadian tersebut dengan hati miris rasa traumatis. Hanya satu tekad saya saat itu, kejadian serupa tak akan pernah saya biarkan terjadi pada anak saya, murid saya, atau siapa pun orang yang saya kenal dan dekat dengan saya.

Anak-anak itu berhak mendapat perlindungan dan perlakuan yang layak. Bilapun mereka melakukan apa yang sering disebut dengan kenakalan, mempermalukan mereka sama sekali tak masuk ke dalam opsi cara mendidik yang beradab. Wallahu alam. (riafariana/voa-islam.com)

Ilustrasi: Google

Sebarkan informasi ini, semoga menjadi amal sholeh kita!

Bila Jodoh Dah Sampai

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Soal jodoh, memang tidak diduga – perancangan Allah SWT yang hamba-Nya tidak ketahui. Kamu mungkin telah bertemu dengan pasangan yang kamu cintai. Tetapi masalahnya, masih tiada keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Kamu harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta. Fikirkan perkara-perkara di bawah, tapi jika kamu sudah yakin dengan pilihan kamu, tunggu apa lagi!

Ada Alasan Kukuh Berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin kamu peroleh daripadanya? Apa kesannya pada diri kamu, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat kamu pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat kamu sehingga benar-benar yakin.

Harus Sedia Berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk Sakit Hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan kamu.

Sedia untuk Berfikiran Terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Ada kalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika kamu selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk Kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh, tapi ingat akan pasangan kamu. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan kamu. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk Berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia Menerima Malu

Kamu tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihanmu. Oleh sebab itu, kamu harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal Anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. kamu tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

(34184)